TOK GAJAH TETAP DIHATI KU!!!


Steady la skuad Tok Gajah!!! Nampak gayanya, semakin hari semakin garang rentak permainan skuad SUKMA Pahang hari ini.

Mereka berjaya menewaskan Pulau Pinang 2 - 1 petang tadi di Stadium Darul Makmur seterusnya kekal ditangga pertama Kumpulan A.

Awal pagi tadi, Terengganu berjaya menewaskan Sarawak dengan jaringan 6 - 1 seterusnya mencipta peluang untuk mara ke pusingan seterusnya.

Ikuti perkembangan setersunya mengenai Sukan Malaysia 2012 Pahang di Pahangku.com.

KUANTAN - Saingan acara Sukan Malaysia 2012 Pahang diteruskan lagi hari ini dengan beberapa lagi pertandingan yang akan dijalankan.
Perlawanan kelayakan peringkat kumpulan Bolasepak diteruskan lagi pada petang ini jam 4.45 petang dimana sebanyak 8 pasukan akan berentap di 4 venue berasingan iaitu di Stadium Darul Makmur, Padang MPK 1 dan Padang MPK 2 (A) serta Padang MPK 2 (B).

Berikut dibawakan keputusan perlawanan yang telah diadakan:

Pahang lwn Pulau Pinang
2 - 1

Perak lwn Johor
2 - 0

Kedah lwn Perlis
0 - 1

Sabah lwn Brunei.
1 - 1

No comments:

Post a Comment