TOK GAJAH TERUS MENGAMUK LAGI PETANG NI!!!


Wah!!! Sejak berjaya menewas skuad Penyu 3 - 0 Rabu lalu, skuad SUKMA Tok Gajah bakal turun sekali lagi  petang ni menentang pasukan Pulau Pinang.

Mampu ke pasukan Pahang untuk meneruskan jejak kemenangan dan layak untuk ke saingan seterusnya? Korang tunggu apa lagi. Moh la turun ke Stadium Darul Makmur petang kang untuk menyaksikannya sendiri!!!
KUANTAN - Saingan acara Sukan Malaysia 2012 Pahang diteruskan lagi hari ini dengan beberapa lagi pertandingan yang akan dijalankan.

Diantaranya ialah Lumba Basikal kategori Downhill lelaki dan wanita, Hoki, Perahu Layar, Teakwando dan Bolasepak.

Perlawanan kelayakan peringkat kumpulan Bolasepak turut berlansung seawal jam 8 pagi dimana sebanyak 6 pasukan akan bertanding di 3 venue berasingan iaitu di Stadium Darul Makmur, Padang MPK 1 dan Padang MPK 2.

Pasukan yang bertanding bagi sesi pagi adalah diantara Wilayah Persekutuan lwn Melaka, negeri Sembilan lwn Kelantan dan Terengganu lwn Sarawak.

Manakala sebelah petang pula, 8 lagi pasukan bakal berentap bagi pusingan kelayakan peringkat kumpulan.

Ianya turut melibatkan pasukan Pahang lwn Pulau Pinang, Perak lwn Johor, Kedah lwn Perlis dan Sabah bertemu Brunei.

Keputusan perlawanan Bolasepak akan dibawakan selanjutnya.
Ps: Kalau tidak pun, korang boleh ikuti perkembangan terkini dalam portal Pahangku.com atau 'follow' twitter @SukanMsiaXVPhg untuk berita selanjutnya.

No comments:

Post a Comment