BLOGGER PEMBANGKANG AKUI KERAJAAN BN TERBAIK!!!


Sedar atau pun tidak, seorang blogger Pro Pakatan pembangkang semalam secara terang - terangan memuji Kerajaan Barisan Nasional kerana membela nasib Felda.

Dalam satu artikel yang disiarkannya menunjukkan yang Kerajaan BN jelas menjaga kebajikan dan memberi kelebihan kepada warga Peneroka secara keseluruhan.

Perkara ini cukup jelas sehinggakan Pengurus - Pengurus Felda juga turut tertarik hati dengan cara Kerajaan BN menjaga nasib pihak Peneroka.

Blogger terbabit mengakui bahawa pendapatan yang diperolehi pihak Peneroka jauh lebih lumayan dari apa yang dimiliki oleh Pengurus.

Mereka juga turut ingin untuk menjadi Peneroka dengan mengisi borang bagi membolehkan diri mereka menjadi Peneroka Baru.

Tetapi, umum tahu yang pihak Felda tidak lagi mengambil permohonan untuk menjadi Peneroka sejak tahun 1990an lagi.

Maka, apa yang ditulis didalam blog tersebut ternyata hanya satu omongan kosong sekadar untuk memperngaruhi pihak tertentu dan memutar belitkan fakta sahaja.

Perlu juga diingatkan bahawa kerja dengan sebuah organisasi seperti Felda memang jauh bezanya dengan kerja secara bersendirian.

Sebagai contoh. Kerja dipejabat, gajinya tetap dan dibayar mengikut bulan manakala kerja sendiri pula memberikan pendapatan mengikut keadaan.

Kalau ambil contoh orang yang berniaga, gaji yang dia dapat bergantung kepada keuntungan yang diperolehi pada ketika itu. Kalau banyak untung, besar la gajinya.

Seterusnya, perkara ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional juga turut berjaya mendidik rakyat terutamanya dikalangan Melayu Peneroka untuk berdikari.

Kalau mereka nak berjaya, mereka perlu rajin bekerja. Kalau tidak, dapat la setakat apa yang ada. Itu sahaja hakikatnya. Bukannya susah nak faham benda - benda macam ni.

Tinggal lagi, tindakan seperti yang dilakukan oleh blogger tersebut telah menimbulkan satu kepayahan. Mungkin dia lebih suka rakyat Malaysia ni kerja makan gaji gamaknya.

Bukan apa. Nanti senang la diorang nak kawal rakyat Malaysia ni. Boleh la main ugut - ugut. Kalau tak sokong diorang, ugut la gaji akan dipotong. Kita bukan tak tau taktik keji diorang ye tak. Semuanya membohong belaka!!! Bukannya diorang ikhlas nak membantu pun!!!

No comments:

Post a Comment