Nak tanya la kat korang. Rasa - rasanya, bagus sangat ke orang yang diberi gelaran Mahfuz Bean ni? Kalau dia bagus, setara mana bagusnya dia?
Apa yang Semut tahu, dia ni tak lebih dari seorang pelawak je. Bercakap macam la dia pandai sangat. Tapi, SPM pun tak lulus. Jadi, dimana bagusnya Si Mahfuz Bean ni?
Nak kata dia bagus berhujah dalam sidang Parlimen tidak jugak. Dia tak banyak pun bangkit untuk membentangkan sebarang isu.
Kalau dulu, dia kata nak bawak usul pasal Pendatang Tanpa Izin yang dapat hak kerakyatan masih jugak tak dibangkitkan. Orang lain jugak yang bawak usul tersebut.
Jadi, yang mana kata dia ni bagus sangat tu sebenarnya? Bagus buat kerja menjaga kebajikan rakyat dikawasan Parlimen dia? Jangan harap la!!! Setakat cakap boleh la.
Apa yang Si Mahfuz ni bagus ialah dalam membuat lawak yang bukan - bukan. Hari ini, dia cuba lagi untuk menghiburkan orang dengan lawak terbarunya.
Si Mahfuz Bean tu mencabar agar UMNO mempertahankan kenyataan seorang ADUN UMNO yang mencadangkan agar PAS umum perjuangkan Hudud di Johor.
Selain UMNO, Si Mahfuz ni jugak turut mencabar PERKASA dan PEKIDA untuk buat tindakan yang sama. Tujuan dia ialah untuk membangkitkan kemarahan MCA.
Itu je tujuan Si Mahfuz ni. Apa yang lawaknya mengenai kenyataan Si Mahfuz ni ialah apabila dia sendiri GAGAL meyakinkan DAPigs untuk menerima Hukum Hudud.
Bukan setakat DAPigs je yang dia GAGAL yakinkan. Malah Dewan Himpunan Penyokong PAS sendiri pun menolak perlaksanaan hukum tersebut.
Jadi, secara tak lansung, Si Mahfuz tu cuba untuk menutup keGAGALan partinya sendiri dengan cara untuk melaga - lagakan orang lain.
Jelas la yang Si Mahfuz serta PAS ni sendiri pun tak berani nak bangkitkan semula isu tu sedangkan ianya menjadi dasar perjuangan mereka selama hari ini.
Sekarang ni, berani tak Si Mahfuz Bean ni bangkit dan katakan yang PAS tetap akan memperjuangkan Hukum Hudud secara terang - terangan? Kalau berani, buat la dulu!!!
Diorang memang dah jelas GAGAL nak buat benda tu. Jadi, memang sah la diorang ni tak de kerja lain. Asyik nak melagakan orang je kerjanya. Nak buat sendiri dah tak mampu, duduk diam - diam sudah la!!! Jangan la cakap banyak pulak!!!

No comments:
Post a Comment