PAS TERUS KANTOI TOLAK HUDUD!!!


Sama ada mereka ini ahli PAS atau pun tidak, itu bukan satu isu utama. Tetapi sebagai penyokong Parti Angguk Saja tu, mereka sendiri jelas tidak faham mengenai Hukum Hudud.

PAS bukan sahaja GAGAL menjelaskan mengenai hukum tersebut kepada orang Islam, tetapi kepada ahli mereka sendiri pun jelas mereka GAGAL melaksanakannya.

Jika tidak, kenapa pulak Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong PAS ni menolak perlaksanaan hukum tersebut di Johor?

Bagi mereka, sama ada hukum itu dijalankan atau pun tidak, ianya bukan isu yang penting dan perlu diperbesarkan. Banyak lagi benda lain yang perlu diberi perhatian.

Tambah memalukan, Pengerusi Dewan Perhimpunan Penyokong PAS tu juga turut menyifatkan yang cadangan untuk melaksanakan Hukum Hudud tu hanya satu idea lapuk.
Pengerusi Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw berkata, isu hudud sengaja ditimbulkan kerana seperti yang sedia maklum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) akan berlangsung dalam waktu terdekat.

“Saya nasihatkan agar (Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Kemelah) Ayub tumpukan kepada strategi beliau atau cara bagaimana mengatasi masalah rakyat daripada memberi idea lapuk ini.

“Jangan mencari publisiti murahan dengan membangkitkan isu hudud ini bagi memancing undi,” kata beliau kepada Sinar Harian Online.

Tambah beliau, Ayub sekadar mementingkan diri kerana berani membawa isu ini untuk memastikan dirinya dapat bertanding dalam PRU13.

“Ini jelas menunjukkan yang Ayub sengaja membangkitkan isu hudud, jika benar beliau seorang yang berkaliber, perlu fikirkan dahulu soal kebajikan rakyat,” tegas beliau.
Jadi, macam mana PAS nak mendabik dada dan mencabar pihak UMNO supaya menyokong cadangan yang dikeluarkan oleh ADUN Barisan Nasional sebelum ini?

Padahal penyokong tegar mereka sendiri pun enggan menyokong cadangan tersebut, nak suruh orang sokong macam mana? Kalau penyokong sendiri pun bantah, 

Lain kali, kalau nak suruh orang lain ikut cakap mereka, pastikan yang penyokong - penyokong diorang sendiri sokong dulu. Jangan setakat nak suruh orang lain je kerjanya!!!

No comments:

Post a Comment