FUZIAH THORON KANTOI BUAT FITNAH!!!


Ya!!! Akhirnya Si Fuziah Thoron tu mengaku yang dia buat fitnah terhadap dua pemimpin MCA Kuantan mengenai dakwaan yang dibuat sebelum ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan baru - baru ini, Ahli Parlimen PKR Kuantan tu menuduh dua pemimpin MCA pergi ke Australia atas tajaan Lynas.

Alasan dia membuat tuduhan tersebut adalah disebabkan mereka turut dibawa melawat ke kawasan perlombongan nadir bumi sewaktu disana.

Ini jelas membuktikan yang Si Fuziah Thoron tu tak de bukti kukuh mengatakan yang dua pemimpin MCA tu pergi ke Australia atas tajaan Lynas.

Jika tidak, kenapa pulak dia sanggup nak mintak maaf kepada MCA sekiranya tuduhan yang dibuat tu tak betul?

Apa yang jelasnya, Si Fuziah Thoron tu mula nak ubah cerita dengan mengatakan yang isu fitnah tu tak timbul sebab mereka memang dibawa ke kilang Lynas.

Hanya sebab dibawa ke kilang Lynas, dia boleh tuduh diorang pergi ke Australia atas tajaan syarikat Lynas? Kenapa dia tak tuduh dua orang pemimpin pembangkang lain sekali?

Dulu, sewaktu isu berkaitan dengan kilang Lynas ni timbul, pihak Kerajaan Negeri hantar 2 orang wakil dari pembangkang (PAS dan DAPigs) ke Australia.

Mereka juga turut dibawa melawat ke kilang nadir bumi di negara tersebut. Tapi kenapa Fuziah tak tuduh diorang ditaja oleh syarikat Lynas? Nah, ini gambarnya.

YB PAS (Pakai Kopiah Putih) dan YB DAPigs (berdiri sebelah wanita berbaju hijau)
Sekarang sudah jelas yang MCA wajar mengambil tindakan terhadap Si Fuziah ni kerana menaburkan fitnah yang bukan - bukan untuk memburukkan imej dua pemimpin MCA tu.

Lynas pun ada hak untuk mengambil tindakan yang sama kerana niat Si Fuziah Thoron tu adalah untuk menjejas kredibiliti syarikat itu sahaja.

Dia sendiri mengaku yang dia tak de bukti berkaitan perkara tersebut. Dalam ertikata lainnya, dia kantoi diri dia sendiri buat fitnah!!! Tapi apa nak pelik ye tak. Dah memang itu je kerja yang dia tau buat. Bukannya dia reti buat kerja lain!!!

No comments:

Post a Comment