Hah!!! Pelik tak tajuk kat atas tu? Dah tentu korang pelik bila sebilangan artis yang mula menjejakkan kaki dalam dunia Politik dikecam hebat.
Pelik sebab diorang tidak dikecam oleh pihak Barisan Nasional atau blogger - blogger Pro BN. Sebaliknya, diorang dikecam oleh pihak mereka sendiri.
Kalau di Pahang ni, blog Pro Pakatan Pembangkang pernah menyuarakan ketidak puasan hati ekoran kedudukan istimewa yang telah diberikan kepada artis - artis ni.
Tapi, spekulasi mengatakan yang mereka dikecam oleh blog tersebut adalah kerana blogger tu dipinggirkan oleh parti Politik Pembangkang. Itu sahaja kesnya.
Walaubagaimana pun, ada lagi seorang aktivis Pakatan Pembangkang yang turut mengecam tindakan artis yang hanya sekadar tahu berceramah sahaja.
Dia menyifatkan tindakan seumpama itu hanya membazirkan masa dan merugikan bakat seni yang ada pada artis berkenaan.
PETALING JAYA: Pakatan Rakyat tidak sepatutnya mengajak artis berceramah kerana ia hanya mensia-siakan bakat seni mereka, kata kartunis politik Zunar.Menurut beliau, Pakatan gagal mengambil peluang mengembangkan bakat artis yang menyokong Pakatan dengan membiarkan mereka berceramah hampir setiap malam.“Namun begitu, ceramah berterusan tidak wajar terjadi. Pakatan tidak sepatutnya mengajak artis berceramah kerana ia bererti mensia-siakan bakat seni para artis tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Merugikan bakat yang ada? Kalau la artis yang masuk Pakatan ni berbakat, sudah tentu diorang akan dipanggil untuk berlakon, menyanyi dan sebagainya.
Kalau yang betul - betul berbakat tu, duduk kat rumah pun boleh dapat duit. Tapi yang dok masuk Pembangkang ni semuanya artis - artis yang dah tak laku.
Bila dah tak laku dan nama diorang tak semahsyur dulu, diorang cari la cara lain untuk mempopularkan diri masing - masing. Itu je sebab kenapa diorang join Politik ni.
Kalau sebab lain tu ada la jugak. Tinggal lagi, belum masa untuk didedahkan semua tu. Apa yang pasti, kehadiran mereka ni hanya memberikan kesan negatif kepada Pembangkang.
Kalau dah orang yang menyokong Pakatan Pembangkang tu sendiri pun tak suka artis ni dipergunakan untuk berceramah, yang orang lain apatah lagi!!! Bertambah la menyampahnya diorang!!! Korang fikir la sendiri!!!
No comments:
Post a Comment