500 MEDIA BUAT LIPUTAN SUKMA!!!


Fuh!!! Punya la banyak liputan mengenai Sukan Malaysia kat Pahang kali ni. Tu termasuk yang datang dari Brunei Darusalam sekali.

Kot kalau orang tak tau jugak cerita pasal Sukan Malaysia ni, tak tau la apa nak cakap. Memang sah la diorang ketinggalan. Apa - apa pun, tahniah diucapkan kepada mereka yang terlibat. Berikan yang terbaik!!!
KUANTAN - Kir-kira 500 media cetak dan elektronik dari seluruh negara termasuk Brunei dijangka datang ke Pahang bagi membuat liputan sempena Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 bermula minggu ini.

Pengerusi Promosi Publisiti dan Siar Raya Sukma Ke-15, Datuk Mohd Sharkar Shamsudin berkata, bagi kemudahan media membuat liputan sepanjang temasya itu berlangsung, pihaknya menyediakan Pusat Media yang beroperasi pada 8 pagi hingga 12 malam.

“Kita harap media akan beri laporan terbaik bukan sahaja dari aspek keputusan perlawanan, malah venue yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membuat lawatan ke Pusat Media Cetak dan Elektronik Sukma Ke-15 di Stadium Darul Makmur, di sini semalam.

Turut membuat liputan ialah PahangKu Media. Sila layari Pahangku.com untuk liputan lanjut.
Ps: Ada masa nanti, boleh jugak Semut ke Kuantan menengok Sukma ni. Dah lama dah tak masuk Stadium Darul Mamur tu. Katanya dah 'Upgrade'.

No comments:

Post a Comment