MINAH NI KATA ANAK HANYA MENYUSAHKAN DIA!!!


Ps: Biasanya orang suka bila ada anak. Anak ni diibaratkan sebagai Anugerah Tuhan untuk dijaga dan menjadikan manusia lebih bertanggungjawab. Tapi, lain pulak dengan minah ni. Macam - macam!!!
JENNIFER ANISTON menegaskan dia tidak percaya akan kewujudan kehidupan sempurna. Aktres berusia 43 tahun yang kini sedang menjalinkan hubungan dengan aktor Justin Theroux mengakui biarpun ramai yang tertanya-tanya tentang sama ada dirinya akan berkahwin sekali lagi atau memulakan kehidupan berkeluarga, namun perkara tersebut bukan sesuatu yang membimbangkan dirinya.
Sebaliknya kata Aniston, dia kini belajar untuk selalu positif dan gembira dalam hidup tanpa perlu mengejar apa yang tidak akan diperolehnya.
Menjawab soalan wartawan majalah lelaki GQ versi Sepanyol tentang kehidupan peribadinya dalam satu temu bual baru-baru ini, ujarnya: "Kehidupan sempurna? Saya fikir ia sesuatu yang klise. Macamlah, kalau kamu mahu bahagia, kamu perlu ada rumah, suami dan anak. Anak-anak menyusahkan!"
Aniston sebelum ini berkahwin dengan aktor Brad Pitt, namun mereka bercerai selepas Aniston dikatakan enggan melahirkan anak kerana lebih mementingkan karier lakonannya.
Pitt kini sedang berbahagia bersama pasangannya, aktres Angelina Jolie serta enam orang anak mereka.
Aniston pula dilihat semakin serius dalam hubungannya dengan Theroux yang mula terjalin sejak Mei tahun lepas apabila bekas bintang siri TV popular Friend itu dilaporkan telah membeli sebuah rumah agam bernilai AS$21 juta (RM67 juta) di Beverly Hills, California untuk dijadikan kediaman mereka bersama.

AMOI NI FAMOUS DARI 'CHINADOLL' ANUWAR!!!

Ketika ini pula muncul seorang lagi selebriti keturunan Cina yang cuba mencari ruang untuk menambat hati peminat Melayu. Berasal dari Petaling Jaya, Selangor, jelitawan itu tidak lain daripada Soo Wincci, 26.

Penyandang gelaran Ratu Cantik Malaysia 2008 ini nyata semakin popular sejak muncul dalam program realiti masakan popular di Astro Ria, MasterChef Selebriti Malaysia (MSM).


Namun bukan saja dunia masakan yang digemari Soo kerana dia juga sedang bersiap sedia menjadi artis rakaman dengan album sulungnya dalam bahasa Melayu sedang dipantau komposer handalan Ajai.



Berbicara mengenai MSM, Soo akui dia memang minat bidang masakan sejak berusia lima tahun lagi. Malah ketika kecil, dia selalu menemani ibunya ke dapur dan rajin membelek buku resipi masakan.



“Tambahan pula apabila saya belajar di luar negara dulu, saya sudah terbiasa masuk ke dapur untuk memasak sendiri. Selama dua tahun menetap di United Kingdom, perkara rutin saya di rumah adalah memasak.

“Apapun penyertaan saya dalam Masterchef Selebriti ini sebenarnya adalah atas ‘paksaan’ dua pengurus saya iaitu Dominic dan Wan. 

"Mereka tahu saya suka memasak, jadi mereka yang beria-ia suruh saya masuk program itu,” kata Soo dalam pertemuan khas di Studio Balai Berita, Bangsar, baru-baru ini.

Kata Soo, dia sendiri tidak pernah terfikir yang suatu hari nanti dia kena memasak di depan kamera.

“Itulah yang paling mencabar. Selalunya kalau masak di rumah, kita boleh buat apa yang kita suka sebab orang tidak nampak. 

"Ini tidak, saya dan semua peserta lain kena memasak mengikut resipi yang diberikan di depan kamera dan dalam waktu yang sangat singkat! Siapa yang tak rasa tertekan?” ujarnya.

Soo berkata, dia tetap tabah mengharungi setiap tugasan. Katanya, apatah lagi masih ada stigma beranggapan wanita cantik biasanya tidak pandai memasak atau malas ke dapur.

“Itu memang salah. Bagi saya kecantikan rupa seseorang wanita itu adalah satu bonus. Semuanya bergantung kepada kesedaran diri dan cara pembesaran seseorang itu dalam keluarga. 

"Memasak juga perlu dipupuk dengan minat. Kalau ada semua itu, sesiapa saja boleh memasak kerana ia suatu hobi yang sangat menyeronokkan dan tiada batas sempadan.

“Pun begitu tidak dinafikan bidang masakan hari ini semakin dimonopoli lelaki. Bagi saya, sama ada lelaki atau wanita, semua orang sama saja. Masing-masing ada kehebatan dan kekurangannya. 

"Macam dalam MasterChef Selebriti juga, memang tak dinafikan artis lelaki nampaknya lebih menonjol. Peserta wanita hanya saya dan Juliza (Adzlizan) saja yang masih kekal,” katanya.

"Hak saya terlaksana..." Saiful Bukhari





Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,Saya bersyukur kehadrat Allah SWT dan menerima baik keputusan Pihak Peguam Negara didalam memfailkan Petisyen Rayuan ke Mahkamah Rayuan kelmarin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9hb Januari 2012 yang telah melepas dan membebaskan tertuduh.Saya dan keluarga ingin menyatakan disini bahawa dengan pemfailan Petisyen Rayuan tersebut, hak

Mara tarik balik biasiswa anak pemimpin PKR.






Alasan yang diberikan adalah berkaitan dengan bangsa. Konon nya larh kan. Tah betul tah tidak aku tatau. Tapi kalau ikut teori konspirasi aku sebenarnya neh bukan masalah bangsa. Itu masalah yang sengaja diada2kan. Masalah yang sengaja dicipta untuk tutup isu lain. 







Alasan yang aku fikirkan logik menurut teori konspirasi aku ialah sebab bapa dia tue pro pakatan rakyat = pemimpin pkr.

LEBAI PAS KEDAI KANTOI BERSENAM DALAM KELAB!!!


Ps: Hebat sungguh la Pak - Pak Lebai PAS kat Kedah ni no. Dah la depa busuk ati terhadap Menteri Besaq depa sendiri. La ni dok balun pi bersenam dalam kelab la pulak!!!

Betul la Lebai PAS la ni dah 'ghapla jingga'. Siang dok sempoi pakai serban, malam pulak 'hora' macam anak muda. Kelab malam pulak berterabuq merata. Nak jaga kebajikan rakyat la sangat kunun!!! Islam sangat la lagu tu no!!! Buat la selalu, alamat jahanam la Islam tu nanti!!!
Gambar gambar kat atas tu hanya terdapat dalam pemerintahan Pas di Kedah.. Kelab Malam paling berprestij di Alor star ini diluluskan oleh Kerajaan Pas Kedah bagi memenuhi aktiviti SO 'SIAL' rakyat negeri Kedah yang majoritinya umat Islam..
Tarian separuh bogel dipersembahkan kepada pengunjung yang hadir serta promosi promosi arak dan beer menjadi keutamaan bagi premis hiburan ini..Inikah pemerintahan Islam yang diperjuangkan Pas ??


Imej Kedah tercalar kerana perangai KEBABIAN pemimpin Pas Kedah yang bertanggungjawab keatas pertambahan pusat pusat hiburan di Kedah..

Mak Aiii.. tak sangka kat Kedah pun ada benda-benda macam ni?? Lepas ni geng lebai Pas yang selalu dok pi Danok tu tak payah pi sana dah la noo.. kat Kedah sekitar Alor Setar pun dah banyak dah..benda maksiat macam ni. - sumber

Tun Faisal kena ketuk dengan DR. MAZA.


Alamak aiiii.. 



Orang tue arif agama. Nak perli dan sindir tapi tak kena gaya. Last2 ko yang kena. Amekaw.. korang tengok sendiri kat bawah beb ;





Ini bermaksud tun faisal = perosak dalam umno. Dalam umno ada banyak mahluk perosak. Kalau nak selamatkan umno, nak pulihkan umno, nak kembalikan umno kepada perjuangan asal mereka maka orang2 yang merosakkan umno perlu disingkirkan.



So

RUMAH URUT TAK SALAH, YANG SALAH PBT!!!


Ya!!! Si Ronnie Liu tu hari ini berjaya memutar belitkan permasalahan yang ditimbulkan oleh rakyat apabila menyalahkan Pihak Berkuasa Tempatan.

Kata Si Ronnie Liu, masalah gejala sosial yang berleluasa di Negeri PKR Selangor tu berlaku bukan salah rumah urut. Sebaliknya, ia merupakan kelemahan PBT.

Jadi, bagi dia, nak bukak rumah urut tu bukan satu pemasalah yang besar. Nak bukak berapa puluh, berapa ribu rumah urut pun bukak la.

Tapi dia tak pikir pulak pasal nak menambah jumlah anggota penguatkuasa dalam PBT Selangor. Dok nak harap yang ada mana mampu diorang nak buat kerja!!!

Benda semudah itu pun, Si Ronnie Liu ni tak dapat nak lihat dengan jelas. Macam mana penguatkuasaan nak dilaksanakan kalau kakitangannya kurang?

Bila disuruh tambah jumlah kakitangan penguatkuasaan tu nanti, banyak la pulak alasan yang diberinya sebab kebanyakkan yang mintak semua anak Melayu.

Dia mana nak orang Melayu ni jadi penguatkuasa. Nanti susah la dia nak buat kerja!!! Hari - hari pulak la penguatkuasa PBT ni datang serbu rumah urut dia!!!

Nampak sangat jawapan yang diberikan oleh Si Ronnie Liu ni hanya merupakan jawapan bagi orang yang pendek akalnya. Jawapan dia tu sekadar nak mengalih perhatian dan mengelak untuk dipersalahkan. Macam la orang tak tau taktik keji dia tu!!!
SHAH ALAM - Percambahan rumah urut, pusat hiburan dan hotel bajet bukanlah punca utama berleluasanya kegiatan maksiat di Selangor tetapi ia lebih menjurus kepada isu penguatkuasaan, kata anggota exco kerajaan negeri Selangor.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri Ronnie Liu berkata penguatkuasaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) adalah lebih penting dalam membanteras masalah sosial di Selangor.

Rumah-rumah urut sekarang diberi kelulusan sebagai Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan di bawah Undang-undang Kecil PBT dan ia juga tertakluk kepada kelulusan daripada agensi lain seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan Daerah, katanya.

Liu berkata demikian semasa menjawab soalan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak) berhubung tindakan yang diambil terhadap rumah-rumah urut pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Tanpa memberi statistik mengenai jumlah rumah urut yang diarah tutup operasi atau premis disita serta bilangan yang dikenakan kompaun, Liu berkata PBT menjalankan operasi bersepadu dengan agensi penguatkuasaan seperti polis terhadap premis hiburan dan rumah urut tidak berlesen atau menyalahi undang-undang.

Advertlets taknak bayar bloggers dah..


Hak eney. Bermula tahun neh dorang telah melakukan satu propaganda yang tak sepatutnya dorang lakukan. Dorang pernah buat propaganda macam neh dulu2. Aku tak ingat bila. Tapi silap aku tahun 2006 macam tue kot and tahun 2010. Lepas tue dorang stop. Dorang bayar bloggers. Tapi lepas tue bermula nya tahu neh sampai ke sudah dorang tak bayar.



Aku mengaku dorang bayar aku setiap kali aku cashout.

Rosmah Mansur umum dasar baru taska negara.








Wowwww...



Rosmah mansur neh sapa? Menteri ka? PM ka? Siapa dia? Apa jawatan dia dalam kabinet? Apa kuasa dia dalam kabinet? Dia sapaaaaaaa? Sapaaaaaa? Apsal dia buat arahan kat bawah neh oiiiii ;



Bermula tahun depan, semua pengusaha taman asuhan kanak-kanak (taska) swasta serta para tenaga pengajarnya dikehendaki menghadiri Kursus Permata untuk menggantikan Kursus Asas Asuhan

MAHFUZ BEAN DICABAR 'SOUND' RONNIE LIU!!!


Macam mana? Berani tak Si Mahfuz Bean tu 'sound' Si Ronnie Liu dalam tindakan terbaru yang dilakukan oleh Exco Kerajaan Tempatan Negeri Selangor tu?

Kalau Si Mahfuz Bean tu kata dia tak de kuasa nak 'sound' Si Tokey Rumah Urut ni sebab tak melibatkan kawasan dia, apa tengkoraknya dia cabar UMNO hari tu?

Kalau betul la Si Mahfuz tu benar - benar seorang yang nak memperjuangkan Islam, dia perlu mempertahankan keputusan Majlis Daerah Kuala Selangor.

Sebelum ini, MDKS memutuskan agar semua panggung wayang yang ada dalam kawasan daerah tersebut diasingkan diantara lelaki dan perempuan.

Bukankah tindakan mengasingkan jantina ini juga merupakan satu tuntutan syariah? Jadi, Si Mahfuz tu memang patut menyokong tindakan MDKS.

Itu pun kalau dia berani la nak 'sound' Si Ronnie Liu tu kan. Kalau tidak, memang sah la dia tu setakat tau cabar orang je. Bila kena pada batang hidung sendiri, dia tak berani nak buat.

Nak harapkan pemimpin PAS Selangor yang mempertahankan MDKS tu? Jangan harap la!!! Diorang sokong Si Ronnie Liu tu lagi ada.

Sedangkan zaman Datuk Dr. Hassan Ali hari tu pun diorang buat tak tau, inikan pulak sekarang ni. Memang lagi la tak boleh diharapnya!!!

Bukan setakat diorang buat tak tau je. Malah siap dikecamnya pulak Datuk Dr. Hassan Ali. Tu pun sebab nak larang penjualan arak yang dah memang tentu - tentu haram. 

Jadi, PAS nak kata diorang memperjuangkan Islam menda jadahnya lagi!!! Setakat cakap je baik tak payah!!! Buat mengabihkan masa je!!!
SHAH ALAM, 10 Julai – Ronnie Liu hari ini menggesa Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Selangor untuk membekukan peraturan baru di panggung wayang yang memisahkan antara penonton lelaki dan wanita yang belum berumah tangga.

“Baru-baru ini dilaporkan MDKS mengadakan peraturan baru, di mana di Kuala Selangor ada satu panggung wayang yang memisahkan kerusi pasangan Islam yang belum berkahwin apabila masuk ke panggung wayang ... kerusi mereka mesti diasingkan.

“Keputusan ini belum dibuat dan MDKS tidak buat rujukan kepada negeri. Saya sendiri tidak diberi tahu perkara ini,” kata exco Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan Kajian dan Penyelidikan itu lagi. - seterusnya...

PDRM sound PAS.








Bekas polis. Bukan polis lagi. Sebab tue PDRM marah. Mungkin sebab bergambar dengan baju seragam polis kot. Tapi kat banner tue terang2 tercetak bahawa dia tue BEKAS polis, bukan masih dalam PERKHIDMATAN. So tak sepatutnya timbul pertikaian or nak menyangka bahawa ia boleh mislead info.



Yang PDRM nak marah sangat kenapa? Macam lah salah dan berdosa besar bila bekas polis sokong pas.

KAK WAN OMEGA BERHAJAT NAK GANTI SI BIAWAK!!!


Kemungkinan, itulah percaturannya, Mungkin bagi Kak Wan Omega, dia lagi layak untuk jadi Ketua Menteri Pulau Pinang menggantikan Si Biawak tu.

Bagi PKR, mereka perlu dilihat lebih dominan dari parti lain dalam Pakatan Pembangkang, baru la orang boleh hormat pada mereka.

Melihatkan situasi terkini, PAS lebih banyak memegang jawatan tertinggi dalam Negeri sedangkan DAPigs dan PKR hanya ada satu sorang je.

Mungkin jugak wujud sikap saling tidak mempercayai dikalangan puak - puak Pakatan Pembangkang ni sehingga memaksa Kak Wan Omega tu ambik keputusan sedemikian.

Mana tidaknya. Dalam tempoh 4 tahun memerintah Pulau Pinang, dah berapa orang wakil rakyat mereka keluar parti semata - mata tak puas hati dengan Si Biawak tu.

Kalau sorang je yang ambik tindakan macam tu, tahan la jugak. Tapi kalau dah sampai 4 orang, 'Something must be wrong somewhere' bak kata orang Temerloh.

Lagi pun, hasrat Kak Wan Omega nak meletakkan kroni dia jadi Menteri Besar di Selangor agak tipis, maka terpaksa la dia sendiri yang ambik tindakan.

Jadi, kemungkinan itulah menjawab beberapa persoalan yang timbul sebelum ini tatkala dia menyatakan yang dia berhajat nak bertanding dalam PRU akan datang.

Persoalannya kini, kenapa dia nak bertanding sedangkan dulu dia sanggup lepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen? Tak cukup ke dengan suami dan anak dia je yang jadi wakil rakyat?

Sudah semakin jelas bahawa puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka sangat mengamalkan NEPOTISME dikalangan mereka.

Mungkin, NEPOTISME tu sudah menjadi norma dikalangan mereka agar kesinambungan kuasa tu tak lepas ke tangan orang lain.

Inilah sikap manusia yang munafik sebenarnya. Bila didepan dia cakap lain. Tapi kat belakang, lain pulak dibuatnya!!! Didepan dia kata, semuanya sama rata. Tapi kat belakang, dia jugak yang tibai semua!!! Adil menda kejadahnya kalau macam tu!!! Macam sial ada la!!!
PETALING JAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata beliau bersedia untuk bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) tetapi dengan syarat menjadi pengundi di kawasan tersebut.

Pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, Wan Azizah yang melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu berkata kerusi mana yang bakal ditandingi akan dibincang nanti.

"Saya memang boleh bertanding di DUN tapi saya akan bincang tempat mana yang sesuai untuk saya. Mana-mana DUN, kalau nak tanding di DUN saya mesti jadi pengundi," katanya.

Wan Azizah yang pernah menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh dilarang untuk bertanding di mana-mana kerusi Parlimen selama lima tahun kerana telah melepaskan jawatan tersebut pada tahun 2008 untuk memberi laluan kepada suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini Ketua Pembangkang.

BLOGGER PEMBANGKANG AKUI KERAJAAN BN TERBAIK!!!


Sedar atau pun tidak, seorang blogger Pro Pakatan pembangkang semalam secara terang - terangan memuji Kerajaan Barisan Nasional kerana membela nasib Felda.

Dalam satu artikel yang disiarkannya menunjukkan yang Kerajaan BN jelas menjaga kebajikan dan memberi kelebihan kepada warga Peneroka secara keseluruhan.

Perkara ini cukup jelas sehinggakan Pengurus - Pengurus Felda juga turut tertarik hati dengan cara Kerajaan BN menjaga nasib pihak Peneroka.

Blogger terbabit mengakui bahawa pendapatan yang diperolehi pihak Peneroka jauh lebih lumayan dari apa yang dimiliki oleh Pengurus.

Mereka juga turut ingin untuk menjadi Peneroka dengan mengisi borang bagi membolehkan diri mereka menjadi Peneroka Baru.

Tetapi, umum tahu yang pihak Felda tidak lagi mengambil permohonan untuk menjadi Peneroka sejak tahun 1990an lagi.

Maka, apa yang ditulis didalam blog tersebut ternyata hanya satu omongan kosong sekadar untuk memperngaruhi pihak tertentu dan memutar belitkan fakta sahaja.

Perlu juga diingatkan bahawa kerja dengan sebuah organisasi seperti Felda memang jauh bezanya dengan kerja secara bersendirian.

Sebagai contoh. Kerja dipejabat, gajinya tetap dan dibayar mengikut bulan manakala kerja sendiri pula memberikan pendapatan mengikut keadaan.

Kalau ambil contoh orang yang berniaga, gaji yang dia dapat bergantung kepada keuntungan yang diperolehi pada ketika itu. Kalau banyak untung, besar la gajinya.

Seterusnya, perkara ini membuktikan bahawa pihak Kerajaan Barisan Nasional juga turut berjaya mendidik rakyat terutamanya dikalangan Melayu Peneroka untuk berdikari.

Kalau mereka nak berjaya, mereka perlu rajin bekerja. Kalau tidak, dapat la setakat apa yang ada. Itu sahaja hakikatnya. Bukannya susah nak faham benda - benda macam ni.

Tinggal lagi, tindakan seperti yang dilakukan oleh blogger tersebut telah menimbulkan satu kepayahan. Mungkin dia lebih suka rakyat Malaysia ni kerja makan gaji gamaknya.

Bukan apa. Nanti senang la diorang nak kawal rakyat Malaysia ni. Boleh la main ugut - ugut. Kalau tak sokong diorang, ugut la gaji akan dipotong. Kita bukan tak tau taktik keji diorang ye tak. Semuanya membohong belaka!!! Bukannya diorang ikhlas nak membantu pun!!!

SIAPA BERANI KACAU AWEK CUN NI!!!


BIDIKAN penembak wanita Pahang, Aina Zahiran jelas sekali menjadi igauan barisan pencabarnya pada Sukan Malaysia (Sukma) ke-15 Pahang.
Selepas meraih pingat emas bagi acara 50 meter 3 posisi wanita individu dan berpasukan wanita kelmarin, Aina sekali lagi menggegar Lapang Sasar Kompleks Sukan Pahang (Sukpa).
Semalam, dia membidik dua lagi pingat emas buat Pahang menerusi acara 50m Rifle Prone individu dan berpasukan.
Dalam acara individu, Aina menewaskan Nur Syahirah Zulkifli dari Selangor dan Siti Najwa Rashid (Wilayah Persekutuan) dengan pungutan 590 mata.
Nur Syahirah berada di tempat kedua dengan pungutan 587 mata, manakala Siti Najwa di tempat ketiga dengan 585 mata.
"Saya sangat gembira kerana dapat menyumbangkan pingat emas keempat untuk Pahang. Saya harap dapat menjulang kejuaraan dalam acara 10m Air Rifle Wanita pada Khamis ini (esok).
"Akibat kesilapan kecil ketika beraksi tadi (semalam), saya kecewa tidak dapat memecahkan rekod kebangsaan milik Nur Suryani (Mohd. Taibi) yang mengutip 596 mata," kata Aina semalam.
Bagi acara berpasukan, Aina dan dua lagi rakan sepasukannya, Nurul Izzatie Roslan dan Nur Afifah Tarmizy dinobatkan sebagai pemenang pingat emas selepas mengetepikan trio Terengganu dan Negeri Sembilan dengan pungutan 1,755 mata.
Pasukan Terengganu di tempat kedua menerusi gandingan Syarifah Aesyah Kamilah Syed Ahmad, Athirah Hamzah dan Nurul Izzati Ali yang mengumpul 1,729 mata.
Trio Negeri Sembilan iaitu Nurul Hazwani Mazlan, Siti Normadhati Mahadi dan Nieti Nazieza Mohd Nazar berada di tempat ketiga dengan bidikan 1,724 mata.

AMUK TOK GAJAH TAK MENJADI!!!


Adus!!! Macam mana pulak tak menjadi ni? Baru harap nak tengok Pahang masuk ke peringkat akhir dalam acara Bolasepak. Sekali dah kalah la pulak.

Tapi tak pe. Kalah menang adat la dalam pertandingan. Bila kalah kena akui yang lawan kita tu lebih baik dari kita.

Sekurang - kurangnya, jangan jadi 'sore loser' dengan menyalahkan orang lain macam puak - puak Pakatan Pembangkang tu. Bila dah kalah, mula meroyan tak tentu arah!!! Buat pasukan Pahang, teruskan usaha. Gandakan latihan dan buat yang terbaik dimasa depan!!!
KUANTAN - Bagaikan hukum karma, kali ini giliran Wilayah Persekutuan mengecewakan juara bertahan, Terengganu melalui penentuan tendangan penalti 5-4 setelah terikat 2-2 sehingga masa tambahan bagi menempah tiket ke separuh akhir acara bola sepak, semalam.

Seperti satu kebetulan, hajat Wilayah Persekutuan untuk melunaskan dendam mereka turut tertunai selepas tunduk kepada Terengganu pada peringkat separuh akhir di Melaka, dua tahun lalu, juga dengan angka jaringan penalti 5-4.

Mohd. Helmi Mohd. Rafi muncul wira pasukannya apabila menjaringkan gol pada sepakan penalti terakhir selepas penjaga gol Wilayah Persekutuan, Muhammad Syahmi Ramli bertindak cemerlang menyelamatkan sepakan Mohamad Hasrol Syawal Ash'ari.

Penyerang Wilayah, Syazuan Hazani meletakkan pasukannya mendahului 2-0 pada separuh masa pertama dengan jaringan pada minit ke-3 dan 30.

Bagaimanapun, kedudukan itu langsung tidak membunuh semangat perjuangan Terengganu yang bangkit pada separuh masa kedua.

Mohd. Faidzol Hazren memanfaatkan kelonggaran pertahanan Kuala Lumpur pada minit ke-59 untuk menanduk masuk gol pertama Terengganu berpunca daripada situasi sepakan sudut.

Ketika terdesak mencari gol kedua, malang buat Terengganu terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Wan Muhammad Firdaus Wan Demi dilayangkan kad merah.

Ketua pasukan, Muhammad Fakhrurazi Musa menyelamatkan sisa-sisa perjuangan skuad Penyu dengan jaringan penyamaan pada masa kecederaan untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum pemenang ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

JELMAAN ISTERI ELVIS MUNCUL!!!


DIA memang gemarkan gaya retro. Atau mungkin ia jelas membuktikan dengan bangganya, tiada siapa dapat mempamerkan gaya lampau sehebat Lana Del Rey.

Begitu juga dengan keadaan beliau ketika hadiri festival di Switzerland minggu lalu.


Wanita berusia 26 tahun yang dilahirkan sebagai Elizabeth Grant itu tampil mengagumkan dengan rambut coklat kehitaman yang dihiasi dengan dengan orkid putih.




Tiada warna lain digemari di negara terbabit tentunya, jadi Lana memadankan bunga orkid itu dengan gaun putih menawan dan kelihatan hampir seperti pengantin atau anak patung.



Elvis bersama dengan isterinya, Priscilla Presley
Malah, penyanyi itu yang begitu berjaya dalam dunia fesyen dan mempunyai beg tangan Mulberry sempena namanya kelihatan sama seperti Priscilla Presley ketika aktres veteran itu mula-mula berkahwin dengan Elvis. 

Baru-baru ini, Lana bertemu dengan taikun filem Harvey Weinstein dan mencetuskan spekulasi mungkin dia akan menceburi dunia lakonan.

Lana yang dikhabarkan pernah berpacaran dengan Marilyn Manson, Shannon Leto dan Axl Rose, terkenal dengan gaya luar biasanya dan baru-baru ini melancarkan kempen fesyennya yang pertama. 

Gaya Lana ketika mengadakan persembahan baru - baru ini
Menurut New York Post, Lana telah menanda tangani kontrak untuk menjadi duta bagi peruncit gergasi, H&M.

“Dia menjalani penggambaran kempen H&M di New York,” kata sumber terbabit kepada akhbar itu.

Wakil rangkaian kedai berkenaan tidak menafikan dakwaan itu, tetapi memberitahu MailOnline bahawa ‘H&M tidak memberi ulasan mengenai khabar angin’. -DM

AWEK CUN NI KENA BELASAH DENGAN SARAWAK!!!


Hadus!!! Sayang betul la. Kesempatan pergi ke Kuantan hari ni Semut habiskan kat arena Bowling Mega Lane kat Mega Mall.

Dapat jugak la tengok orang main bowling. Meriah jugak suasana di arena bowling tu. Ramai jugak orang yang datang menengok perlawanan hari ni.

Kesempatan tu jugak la Semut dapat tengok secara 'Live' awek cun yang Semut siarkan pagi tadi sedang beraksi. Tapi sayang, akhir dia tewas juga ditangan Sarawak.

Tu pun nak merebut tempat ketiga. Tapi, apa boleh buat. Adat permainan ada kalah dan menang. Esok masih ada lagi perlawanan bowling ni. Jadi, teruskan usaha!!! Tingkatkan prestasi dan jangan setakat cakap je pandai macam Si Ketua Penipu tu!!!

KUANTAN - Saingan dalam mengutip pingat emas terus hangat pada ketika ini diantara Sarawak dan Selangor terutama dalam acara Boling Double hari ini.

Bagi kategori Lelaki, Sarawak berjaya menewaskan pasukan lain melalui pesangan Christopher Tiong Lee Siong dan Jonathan Ding Sagan yang mengumpul jumlah jatuhan pin 2585.

Pasukan Sarawak juga turut meraih pingat Perak melalui pasangan Bong Kihow dan Chong Jun Foo dengan jatuhan pin 2566.

Manakala Wilayah Persekutuan pula mengutip pingat Gangsa dengan kutipan jatuhan pin, 2531 melalui pasangan Muhammad Rafiq Ismail dan Tan Chye Chern.

Bagi kategori Wanita Double pula, Selangor merangkul pingat Emas melalui pasang Sharifah Marissa dan Victoria Chin Quan Weoi dengan jumlah kutipan jatuhan pin, 2337.

Pingat Perak pula menjadi milik Negeri Sembilan melalui pasangan Nur Amira Irdeena dan Puteri Nadia Kamarul Mahadir dengan jatuhan pin sebanyak 2321.

Memungut pingat Gangsa pula adalah pasukan dari Sarawak dengan jumlah jatuhan pin sebanyak 2292 menjadi milik pasangan Dayang Aida Natasha dan Syazwani Sajeli.

Berita politik malam neh.


Ada banyak isu2 yang terlepas pandang. Pheww.. nak tinggalkan begitu rasa tak boleh kot. Sebab isu2 tersebut bagi aku agak penting juga untuk korang tahu. Senang sket untuk korang pakat2 sebarkan kat kekawan yang takde internet. Bila korang dah tahu + dorang dah tahu maka = sama2 tolak bn dan umno. Boleh gitu?



kah kah kah



1. Isu ng yen yen.



Ada yang tatau si nyy neh ada dua kerakyatan.

HOT : Luahan jujur mengenai masalah air di Kelantan. - Must read!









Isu air di kelantan. Sama macam isu sampah di selangor. Buletin utama dan bloggers umno hari2 dok canang selangor busuk, sampah tak berkutip dan blablabl.. tapi bila aku tanya dan survey sendiri dari penduduk2 selangor jawapan yang aku dapat berbeza dari apa yang kita lihat di tv. Agak2lah wooiitt nak cakap aku rasuah dorang seme. Itu seme jawapan dorang yang aku tak masuk campur satusen

NURUL IZZAH TAK DAPAT HIDUP TANPA PAPANYA!!!


Belum lagi pilihan raya umum, Si Ketua Penipu tu dah angkat bendera putih. Dia kata nak bersara dari politik kalau kalah dalam PRU-13 kelak.

Apapun, anak emas kesayangan dia, Si Nurul Izzah tu mendesak agar Papa dia meneruskan perjuangan kerana PKR dan blok pembangkang masih memerlukan kepimpinannya.

Tanpa Si Ketua Penipu tu, masa depan Nurul Izzah juga turut malap kerana kedudukannya sekarang banyak bergantung kepada Papanya, bukan kebolehan dia sebagai pemimpin.

Bagi PAS pulak, inilah peluang nak menangguk ikan di air keruh. Diorang seolah-olah rela melepaskan Si Ketua Penipu tu dan menggantikan daripada kalangannya.

Inilah peluang keemasan yang ditunggu bagi meletakkan parti itu sebagai penggerak utama setelah disisihkan oleh PKR dan DAPigs.

Parti rasis DAPigs pula tetap mahu Anwar mengepalai agenda 'Tawan Putrajaya' kerana mereka mahu mempergunakan populariti dia dengan pengundi Cina.

Hakikatnya, PAS dan DAPigs  bukanlah rakan kongsi yang ikhlas kerana masing-masing mempunyai kepentingan dan agenda tersendiri.

Sebenarnya, PAS dan DAPigs hanya dilihat sebagai tokoh yang tidak lagi relevan dalam arus politik negara yang semakin berubah.

Mereka hanya akan menyokong Si Ketua Penipu tu selagi dia boleh menyumbang kepada sokongan tambahan serta meningkatkan populariti parti masing-masing.

Mungkin juga kenyataan Si Ketua Penipu tu adalah satu lagi pembohongan besarnya kepada rakyat sebagaimana ia telah lakukan dalam isu 16 September 2008.

Si Ketua Penipu tu hanya menyebabkan rakyat berasa gusar dan bimbang, malah pelabur juga merasa ragu-ragu disebabkan khabar angin bahawa akan berlaku peralihan kerajaan.

Akhirnya tembelang Si Ketua Penipu tu pecah dan episod yang memalukan itu telah menghakis kepercayaan dan keyakinan rakat terhadap pembangkang.

Pembangkang kini dianggap sebagai 'Pakatan Penipu' memang pandai memainkan emosi rakyat, menabur janji palsu serta memutar belitkan fakta.

Tapi, bukan setakat Si Ketua Penipu tu je yang patut bersara, malah isteri dia, Kak  Wan Omega, termasuk Assmin, Si Nik Aziz dan Si Hadi Awang wajib bersara dari pentas politik.

Ini kerana kehadiran mereka dalam arena tersebut tidak langsung menyumbang kepada pembangunan negara terutamanya perpaduan bangsa Melayu dan umat Islam.

Bangsa Melayu kini berpecah tiga angkara PAS dan PKR, dan apabila ini berlaku, kekuatan Melayu akan bertambah luntur dan pihak yang menggaut keuntungan ialah DAP.

Apakah rakyat telah lupa, Si Ketua Penipu tu mengarahkan Kak Wan Omega untuk menghapuskan Ketuanan Melayu dalam ucapannya pada konvensyen 2010 parti itu?

Itulah rancangan sebenar Si Ketua Penipu tu untuk menghapuskan kekuatan Melayu dan melenyapkan institusi raja-raja serta kedudukan Islam.

Tindakan tersebut seterusnya akan membuka ruang seluas-luasnya kepada DAPigs untuk melaksanakan program Malaysian Malaysia mengikut acuan Singapura.

Jadi, untuk apa lagi PAS dan PKR wujud? Bubarkan aje la, baru kekuatan Melayu akan pulih dan Umno akan benar-benar dapat menumpukan fokus membela nasib agama, bangsa dan negara!!! Kalau nak harapkan diorang, sampai kiamat pun tak Melayu takkan bersatu!!!

MUSUH ASSMIN MEMANG KEJAM!!!


Fuh!!! Kejam betul permainan politik yang berlaku dalam PKR ni ye. Sampai sanggup makan kawan sendiri hanya semata - mata nak merampas kuasa.

Mungkin diorang ni terlalu taksub dengan cogankata Si Ketua Penipu tu, 'At All Cost' sehingga sanggup mencalar kredibiliti pemimpin diorang sendiri.

Mungkin jugak diorang anggap tindakan sebegini hanya akan memalukan Si Assmin tu sahaja dan tidak ada kaitan dengan parti secara lansung.

Adakah mereka lupa yang Si Assmin tu Timbalan Presiden PKR? Tak ke mereka tau yang Si Ketua Penipu tu Ketua Umum parti tersebut?

Jadi, bagaimana mungkin perkara ini tidak ada sangkut paut dengan parti tu secara lansung? Dah tentu la tempiasnya kena pada parti mereka sendiri.

Rakyat akan melihat bagaimana rosaknya moral pemimpin PKR apabila skandal berkaitan dengan isteri Assmin dan Si Ketua Penipu tu masih belum terjawab.

Mungkin akibat mereka bosan dengan sikap berdiam diri Si Assmin dan Si Ketua Penipu tu mendesak mereka bertindak untuk mengedarkan video skandal tersebut.

Dari apa yang dimaklumkan, sebanyak 20ribu salinan video tu sedang berlegar di Permatang Pauh. Semuanya untuk memburukkan imej Si Assmin dan Si Ketua Penipu tu.

Sekarang ni, dah tak pelik kalau benda ni dilakukan oleh puak - puak PKR tu sendiri sebab sesama diorang pun dok berebut kuasa!!! Bukannya diorang nak memperjuangkan rakyat sangat pun!!!
INI berita yang baru penulis terima, 20 ribu keping VCD lucah membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang didakwa Datuk Seri Anwar dan Shamsidar Taharin telah sedia dicetak di Thailand dan akan diedar di Permatang Pauh menjelang pilihanraya umum ke-13 akan datang.

20 ribu bukan jumlah yang sikit, perbelanjaan menghasilkannya juga penulis percaya bukan murah. Siapa atau apa yang mendalangi semua kerja terkutuk ini penulis tidak pasti. 

Penulis ada suspeknya tapi penulis tidak ada bukti. Sumber yang menyebutkan hal ini kepada penulis pun diketahui datang dari pihak nuetral yang hanya mementingkan wang masuk dari wang keluar.

Belum lagi proses menghasilkan video tersebut.

Sekarang fahamlah penulis kenapa nama Anwar diletak di 2 kerusi Parlimen (Nibong Tebal dan Permatang Pauh), kerana ada pihak yang merasakan Anwar mungkin tewas di kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat, mengambil kira pendekatan tidak bertamadun yang digunakan musuh.

Dengan jumlah pengundi seramai 58,459 mengikut maklumat dari daftar pemilih terbaru, 20,000 video yang dicetak ini mampu menjangkau hampir separuh dari pengundi disana. Katakan plus minus yang percaya dan tidak, mungkin sekitar 50%. Itupun sudah masalah besar untuk PKR dan Anwar.

MOH TENGOK TOK GAJAH MENGAMUK MALAM NI!!!


Yah!!! Memandangkan Skuad Tok Gajah main malam ni, sempat jugak Semut turun ke Kuantan. Kalau dia main petang, tak sempat nak tengok.

Siang tadi, ada dua perlawanan yang dah dilansungkan. Malam ni, skuad Tok Gajah akan bertemu dengan Negeri Sembilan.

Harap - harap dapat la Tok Gajah menang gol atas padang. Jangan la berlanjutan sampai ke sepakan penalti. Letih menunggu nya wei!!! Kat bawah ni keputusan petang tadi. Moh la turun tengok Pahang main!!!

KUANTAN - Acara bolasepak yang masuk ke pusingan suku akhir, kalah mati petang tadi menyaksikan pertembungan 6 pasukan. Berikut disiarkan keputusan terkini:

Perak lwn Perlis
0 - 0 
Penalti: Perak menang 4-3

Sabah lwn Selangor
3 - 2

Wilayah Persekutuan lwn Terengganu
2 - 2
Penalti: Wilayah menang 5-4

Manakala dua lagi pasukan iaitu Pahang dan Negeri Sembilan pula bakal berentap pada jam 8.45 malam ini di Stadium Darul Makmur. Berita selanjutnya bakal menyusul. - pahangku.com

Poster Najib Razak jadi mangsa Vandalisme.


Itulah bahana nya kalau dah kat mana2 pun terpampang muka ko. Kan orang dah attack. Tak dapat tuan punya badan dapat tuan punya poster pun jadi larh der.



kah kah kah



Korang tengok sendiri arh poster najib kat bawah neh.









Sekali muka member kena conteng tue beb. Siap bubuh bintang di dahi lagi. Apa lah tujuan depa aku tatau. Tapi kalau kes neh dibuka untuk siasat pepandai arh

PKR TAKUT HUDUD, APA PULAK KATA MAHFUZ BEAN!!!


Sebelum ni, Si Mahfuz bean tu sampai berbuih - buih mulut mencabar UMNO agar menyokong cadangan yang dikeluarkan oleh ADUN Kementah.

Mahfuz kata, kalau betul UMNO memperjuangkan Islam, maka UMNO perlu menyokong cadangan yang dikeluarkan oleh ADUN tersebut.

Jelas, kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Masyitah yang bersetuju dengan cadangan ADUN Kementah telah membuatkan Si Mahfuz terdiam.

Malah, bukan setakat Dr. Masyitah sahaja yang menyokongnya. Ramai lagi pemimpin UMNO lain yang turut bersetuju dengan cadangan tersebut.

Ianya memandangkan Hukum Hudud Islam adalah jauh berbeza dengan Hudud PAS yang mengecualikan orang bukan Islam didalamnya. Maka sebab itu mereka bersetuju.

Secara keseluruhan, pemimpin UMNO yang ada hari ini mampu memahami perlaksanaan Hukum Hudud Islam secara menyeluruh tanpa sebarang penjelasan dari PAS.

Nak harapkan PAS bagi penjelasan? Jangan harap la!!! Diorang setakat bercakap je pandai, nak buatnya tak reti. Harap orang je faham sendiri.

Korang bayangkan. Sedangkan Hukum Islam pun boleh puak - puak PAS tu ubah ikut sesuka hati diorang je, inikan pulak benda lain. Lagi la diorang boleh ubah jugak!!!

Sekarang tiba giliran Si Mahfuz tu pulak dicabar untuk membidas kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan PKR ni. Amacam? Ada berani? Jangan setakat tau berbuih mulut nak cabar orang lain je Mahfuz oi!!!
SHAH ALAM – Pakatan Rakyat (PR) tetap berpegang kepada persetujuan dicapai dalam Buku Jingga di mana pelaksanaan hukum hudud di negara ini tidak terdapat dalam dasar yang dipersetujui bersama oleh parti komponennya, Pas, PKR dan DAP.


Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata demikian apabila diminta memberi komen mengenai cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya hukum hudud dilaksanakan di Johor.

“Daripada sudut PR, kami masih berpegang kepada pendirian sebelum ini. Saya sedang meneliti kenyataan pelbagai pihak dalam isu ini,” katanya.

PR telah menyatakan pendiriannya secara bersama bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama.

BETTY NI LAGI CUN DARI 'RAINBOW' SI BIAWAK!!!

Ps: Dalam dok hangat orang bercerita pasal Si Betty Chew, isteri Si Biawak yang meroyan dalam sidang DUN Melaka baru - baru ni, timbul pulak cerita Betty yang satu lagi ni.

Tapi, Betty yang ni memang cun la dari Si Betty dan Si Rainbow, skandal Si Biawak tu. Meh kita baca apa cerita dia!!!

BERDARAH Arab Yemen (sebelah bapa) dan keturunan Jawa dari Istana Keraton (sebelah ibu), Betty Banafe memang penyanyi dan pelakon berdarah kacukan yang sentiasa meraih perhatian ramai lelaki yang ingin mendekati dirinya.

“Saya akui sudah berpunya dan si dialah ‘VIP’ di hati saya sekarang. Justeru, kalau ada lelaki yang cuba nak ‘tackle’ saya, lupakanlah hasrat anda itu.

“Buat masa ini, saya belum bersedia untuk mengulas lebih lanjut siapakah si dia yang bertakhta di hati ini. Tunggulah apabila tiba masa yang sesuai nanti. Saya tidak dapat komen lanjut sama ada si dia orang biasa ataupun berstatus VIP,” katanya.

Pada masa sama, Betty mengakui dia masih berkawan baik dengan bekas penyanyi vokalis Lefthanded, Nash yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.

“Saya dengan Abang Nash masih berhubung tapi bukanlah setiap hari. Bagi saya, abang Nash memang seorang lelaki yang baik, cuma kami tiada jodoh. Tidak mungkin kami akan menjalinkan hubungan cinta semula seperti dulu kerana banyak hati yang perlu dijaga,” katanya.

Bagaimanapun, kata Betty, keutamaannya sekarang adalah menjaga ibunya yang menghidap sakit jantung.

“Saya agak menyepi dari bidang hiburan kerana sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru kerana menjaga ibu yang sakit.

“Apabila ada kelapangan barulah saya memenuhi undangan berlakon dan anggota keluarga lain pula yang ambil alih menjaga ibu. Fokus saya memang pada ibu dan saya perlu sentiasa di sisinya,” katanya.

Betty ditemui pada majlis pelancaran telefilem Sugeh arahan Thorpe Ali terbitan Eeman Corporation Sdn Bhd di Seksyen 13, Shah Alam, baru-baru ini.

Menyentuh wataknya dalam telefilem Sugeh pula, kata Betty, dia berlakon sebagai Lijah yang juga bekas kekasih Syaiful (lakonan DJ Pool) yang juga anak kepada Pak Hamid, orang kaya di kampung itu.

“Saya tertarik berlakon dalam cerita ini kerana ia cerita bahasa Jawa yang julung kali dihasilkan di negara ini. Saya juga berpeluang berlakon dengan orang lama seperti penyanyi senior Herman Tino yang memegang watak sebagai abang saya dalam cerita ini.

“Cabaran paling besar ialah saya kurang faham dialog dalam bahasa jawa yang dituturkan pelakon dalam cerita ini kerana saya berbahasa Jawa-Jodja, mereka pula Jawa-Malaysia. Apapun, semuanya berjalan lancar sepanjang penggambaran telefilem ini,” katanya.