YANG DILUDAH TU JUGAK YANG DIA JILAT!!!


Ps: Akhirnya, yang diludah tu jugak yang dia cari. Banyak la pahala orang BN dah bagi kepada rakyat ni rupanya ye. Buat hospital, buat jalan, buat masjid.

Lepas tu kena kutuk pulak dengan orang macam Si Bob Lokman ni atas pentas Politik. Dia sibuk dok kata Kerajaan ni kejam la, zalim la, tak jaga kebajikan rakyat la.

Macam - macam tuduhan yang dia buat. Tak pasal - pasal je orang Kerajaan dapat pahala free. Patut la doa orang PAS nak jahanamkan UMNO tak pernah menjadi!!!
Pilihan Anda - Bob Lokman diberitakan sesak nafas dan kini terlantar di hospital KERAJAAN. Aku suka nak mengulas isu takrifan KERAJAAN ini dengan puak-puak pembangkang.

Bagi pembangkang, kerajaan adalah satu entiti berbeza dengan parti, oleh yang demikian segala aktiviti parti tidak boleh menggunakan harta kerajaan, walaupun parti tersebut mengepalai KERAJAAN.

Semalam, Cikgu Mala telah menafikan beliau masuk UMNO dan menuduh ianya satu fitnah yang besar terhadapnya. 

Tuduhan tersebut bermula dari sebuah blog pro KERAJAAN yang mengatakan kebajikan Cikgu Mala tidak terbela oleh PAS hingga menyebabkan beliau condong kepada UMNO.

Cikgu Mala yang berang dengan kenyataan tersebut telah pun membuat sidang akhbar bagi menafikan perkara tersebut.

Malah, beliau turut menyindir penulis blog tersebut, jika mahu menjaga kebajikan beliau (andainya beliau bersama UMNO) kenapa UMNO...sekali lagi diulang, kenapa UMNO memindahkan suaminya jauh daripada sekolah sekarang.

Lantas, aku juga membawa persoalan ini kepada bacaan umum mengenai persoalan beliau. 

Aku cuma bertanya, mengapa Cikgu Mala menuduh UMNO memindahkan suaminya ke sekolah yang jauh? Mengapa beliau tidak mahu menyalahkan JPN?

Salah seorang komentator dalam blog ini (rasanya pro pembangkang..) memberi susur galur dari mana asalnya UMNO tersebut. Aku petik komen Tuan Ajey Hussin:

"aku nak tanya la JPN ni bawah kementerian pelajaran kan. so org pangkat tertinggi di kementerian pelajaran ialah menteri pelajaran. so aku nak tnye MP ni orang parti mane? BN or PR????"

Waah...sampai begitu ceritanya hanya untuk menyalahkan UMNO/BN. Sedangkan selama ini, pembangkang sering mempertikaikan penggunaan harta KERAJAAN oleh parti yang mengepalainya.

Bagi pembangkang, UMNO/BN tidak ada kena mengena langsung dengan KERAJAAN. KERAJAAN dan PARTI adalah satu benda, entiti yang berasingan.

Jadi, kenapa pula Cikgu Mala dan Tuan Ajiey Hussin mahu mengaitkan UMNO yang menukarkan suami beliau ke sekolah lain? Mengapa jadi hipokrit dan double standard?

Berbalik pada kisah Bob Lokman, kasihan beliau, penat tercungap-cungap katanya, sedang berceramah mengutuk KERAJAAN, akhirnya terlantar juga dikatil KERAJAAN.

No comments:

Post a Comment