Seingat Semut, Allahyarham seorang ahli UMNO yang cukup aktif. Dimana sahaja ada program yang berkaitan dengan UMNO, sudah pasti ada kelibatnya.
Malah, kalau kita pergi hantar surat ke Pejabat UMNO di PWTC pun boleh terserempak dengan dia yang memang mesra dengan orang ramai.
Kini, kelibat Osman Kering sudah pasti akan dikenang oleh setiap ahli UMNO yang berkesempatan bergurau, berbual dan bergambar dengan dia setiap kali Perhimpunan Agung UMNO berlansung. Al Fatihah. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin...
SHAH ALAM - Presiden Persatuan Seniman, Zed Zaidi mengesahkan menerusi akaun Twitter bahawa pelakon dan pelawak Osman Kering, 58, telah meninggal dunia sebentar tadi.Osman telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) kira-kira jam 3.45 petang.Osman atau nama sebenarnya, Osman Kassim dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat komplikasi paru-paru.Sebelum dibawa ke hospital Allahyarham dikatakan telah rebah sekitar jam 6 petang di rumahnya di Bandar Permaisuri, Cheras.Allahyarham Osman dikatakan sudah lama menghidap penyakit batuk kering dan sesak nafas dan keadaannya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.
No comments:
Post a Comment