TASHA TAK KEBULUR NAK SAMAN NEELOFA!!!


ARTIS Baru Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH 2011), Tasha Shilla, 25, tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang - undang terhadap pelakon dan pengacara, Neelofa meskipun ada unsur fitnah yang dilemparkan terhadapnya apabila Neelofa menghiris perasaannya seperti kenyataan disiarkan dalam sebuah majalah hiburan, baru - baru ini.

Bagi Tasha, beberapa kenyataan Neelofa dalam majalah terbabit yang menghina dirinya memang menggambarkan sikap Neelofa yang busuk hati seperti yang diluahkan Tasha dalam B*POP pada 27 Mei. 

Namun pelakon yang menyerlah lakonannya menerusi drama Gemilang  dan Atas Nama Cinta itu tidak mahu memanjangkan isu berkenaan hingga ke peringkat mahkamah.

Tasha ketika dihubungi Khamis lalu menjelaskan, dia tidak suka mencari masalah dengan sesiapa mahupun menyaman mana - mana pihak kerana selagi dia mampu bersabar, dia akan terus bersabar.

"Industri hiburan kita ni kecil saja, sekiranya membabitkan sebarang tindakan perundangan, ia akan menyulitkan kerja kita pada masa akan datang. Saya tidak berniat nak ambik tindakan undang - undang ke atasnya.

"Saya juga tidak mahu menyimpan perasaan dengki mahupun busuk hati kepada individu lain. Saya sudah memberikan kenyataan kepada B*POP terbutan 27 Mei lalu dan itu adalah kenyataan terakhir saya.

"Jadi, saya tidak mahu mengulas apa - apa lagi," katanya mengakui tidak pernah terfikir mahupun bercadang untuk mengambil tindakan saman ke atas aktres, pengacara dan jurucakap produk terkenal itu.

Tasha berkata demikian sebagai mengulas tindakan Neelofa yang menghantar notis tuntutan kepada Anzalna mengenai kenyataan Anzalna yang membidas sikap Neelofa seperti yang disiarkan B*POP, Ahad lalu.

"Saya tidak mahu masuk campur mengenai perbalahan yang berlaku antara Neelofa dengan Anzalna. 

"Bagaimanapun, saya berharap mereka berdua dapat menyelesaikan masalah mereka secara aman, tak perlu nak diperbesar - besarkan sampai ke peringkat mahkamah," katanya.

No comments:

Post a Comment