Jaringan hasil tandukan Kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo melayakkan mereka ke saingan sepatuh akhir dalam Piala Euro 2012.
Bola hantaran dari Nani berjaya disudahkan oleh Ronaldo pada minit ke 79 memecahkan kebuntuan dan menggugurkan benteng pertahanan Rep. Czech.
Kubu Rep. Czech sebelum itu telah beberapa kali diuji oleh jentera serangan Portugal, namun percubaan mereka gagal menggegarkan gawang gol.
Portugal layak ke pusingan suku akhir selepas berjaya menewaskan Belanda dalam saingan kumpulan maut, kumpulan B.

No comments:
Post a Comment