Semalam, Semut terbaca satu artikel yang dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin PAS di Kelantan. Artikel tu berkaitan dengan pembinaan Lebuh Raya Rakyat.
Ianya ibarat cubaan kerajaan negeri Kelantan mahu menegakkan benang yang basah dengan menyatakan Lebuh Raya itu lebih penting dari jambatan Palekbang.
Menurut kata pemimpin tersebut, pembinaan jambatan tersebut tidak terlalu mendesak seperti mana pembinaan lebuh raya. Maka sebab itu jambatan tersebut tidak dibina.
KOTA BAHARU – Pembinaan Jambatan Palekbang di Tumpat tidak begitu mendesak untuk disiapkan sekarang memandangkan pembinaan Lebuh Raya Kota Baharu-Kuala Krai perlu diutamakan, kata Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Maklumat, Sains dan Teknologi Negeri, Dr Mohamad Fadzli Hassan.Bercakap kepada pemberita pada majlis perasmian Pusat Penerangan PAS Kelantan di sini, Rabu, Mohamad Fadzli menarik perhatian tentang jumlah besar bakal pengguna lebuh raya itu berbanding jambatan berkenaan yang menghubungkan Kampung Cina dengan Palekbang.Perasmian pusat itu disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS yang juga Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Turut hadir Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.Isu pembinaan Jambatan Palekbang itu hangat diperkatakan selepas Gerakan Tukar Kerajaan PAS Kelantan Demi Rakyat (Tukar) menimbulkan kembali isu berkenaan bagi mendesak kerajaan negeri melaksanakan 22 perkara yang dijanjikan dalam manifesto mereka sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke 8 pada 1990.
Soalnya sekarang bukan pasal jambatan atau pun lebuh raya. Soalnya ialah mengenai berpegang pada janji. Kerajaan Negeri dah janji nak bina jambatan tersebut.
Itu janji yang diorang buat sendiri beberapa tahun yang lalu. Sampai hari ini, jangan kata jambatan, tiang jambatan pun tak nampak. Apa kejadahnya!!!
Tidakkah mereka tahu bahawa memungkiri janji ni satu tindakan orang yang munafik? Ianya salah satu dari tanda - tanda kemunafikan seseorang umat Islam.
Jadi, adakah pemimpin PAS tu mengakui bahawa mereka lebih rela menjadi orang munafik daripada menunaikan janji dengan memberikan alasan yang bukan - bukan?
Itulah. Lain kali jangan suka - suka buat janji yang bukan - bukan!!! Kalau rasa tak mampu nak buat, mengaku je. Jangan menyusahkan orang lain!!! Janji nak buat jambatan pun tak mampu nak ditunaikan, inikan pulak nak buat lebuh raya. Lagi la tak boleh percaya!!!

No comments:
Post a Comment