LA!!! 30 RIBU JE??? MANA 70 RIBU LAGI???


MEMALUKAN!!! Itu sahaja yang Semut nak kata apabila membaca laporan yang disiarkan dalam Merosakini hari ini. Himpunan Hijau PAS semalam memang FAILED!!!

Sebelum ini, PAS dengan bangga mendabik dada mengatakan bahawa mereka akan mengumpulkan lebih daripada 100ribu pengikut dalam Himpunan tersebut.

Itu janji dan sumpah keramat PAS untuk menyaingi UMNO yang berjaya mengumpul ahlinya seramai 120ribu orang di Stadium Bukit Jalil.

Semalam juga, Semut tengok beberapa penyokong tegar PAS dikampung Semut masih duduk lepak di kedai kopi sambil berbual kosong.


Ditanya, kenapa mereka tak ke Kedah? Jawapannya, tak de peruntukan yang disediakan. Hanya itu sahaja jawapan mereka dengan muka yang toya.

Ternyata, kekuatan PAS hanya suku daripada sokongan ahli UMNO yang sedia ada di Malaysia. Jelas, istiqomah ahli PAS sudah luntur.


Kehadiran ahli PAS ke Stadium Darul Aman semalam hanya dianggarkan seramai 30ribu orang sahaja. Itu pun entah ye atau pun tidak. Macam mana diorang kira, Semut pun tak tau.


Gema laungan 'Takbir' berkemundang ke udara ketika para penyokong masuk membanjiri padang perhimpunan tersebut, manakala yang lainnya berpusu-pusu di luar Stadium yang hanya mampu menampung sehingga 35,000 orang.
Kalau di Stadium Bukit Jalil, semua pagar pintu masuk diletakkan meter pengira automatik. Maka setiap yang masuk dapat direkodkan satu persatu.


Walau bagaimana pun, Semut nak ucapkan syabas kepada PAS kerana telah melempang muka Si Ketua Penipu dan Si Ambiga secara tak lansung.


Mereka telah membuktikan bahawa kalau nak berhimpun, tak semestinya pergi ke jalanan. Sebaliknya, boleh jugak dilakukan didalam stadium.


Jadi, apa tengkoraknya diorang dok terjerit - jerit dan terpekik - pekik ditengah jalan macam beruk akhir bulan April lalu? Kalau berhimpun dalam stadiumkan bagus. Tak de la berlaku rusuhan tak tentu arah!!! Nak jerit ke, apa ke, lantak korang la!!!

No comments:

Post a Comment