Masih belum reda lagi nampak gayanya isu pembekuan PTPTN ni di UNISEL. Kita sebelum ni dah tengok bagaimana pemimpin PKR menggelupor tak tentu arah.
Tapi, setakat ni, masih belum ada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh geng - geng Mahasewel tu berkaitan dengan isu ini. Agaknya, diorang dah malu dengan diri sendiri kot.
Sekarang, tiba pulak giliran pelajar Unisel sendiri menyuarakan pandangannya terhadap apa yang berlaku sebelum ini. Kata mereka, isu PTPTN ni jangan la dipolitikkan.
Menurut seorang pelajar yang berusia 18 tahun ni, dia cukup tenang dan tidak pening kepala apabila adanya pinjaman PTPTN ni. Sekurang - kurangnya dia tak payah fikir pasal duit.
Jadi, dia turut menyeru kepada pemimpin berkenaan agar tidak menjadikan isu PTPTN ni sebagai satu propaganda Politik semata - mata.
“Saya gembira. Tenang nak belajar. Tak payah fikir pasal masalah duit. Lepas ini tak payah nak buat propaganda sangatlah. Kita pelajar," katanya ketika dihubungi.
Selain itu, ada dua lagi pelajar yang gembira apabila dimaklumkan bahawa pinjaman PTPTN ini akan diteruskan dimasa akan datang.
Bagi mereka, berita mengenai isu PTPTN ini disambut gembira oleh semua pelajar yang masih memerlukan pinjaman tersebut untuk meneruskan pengajian.
Malah mereka juga sempat mengucapkan terima kasih kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi yang mengambil berat ke atas mereka.
“Saya sangat gembira dengan berita ini. Saya rasa semua pelajar berasa gembira sebab kami dapat membuat permohonan untuk membuat pinjaman dengan PTPTN.“Terima kasih pada pihak menteri, Unisel dan semua pihak. Jangan risau, kami akan bayar balik pinjaman ini,” katanya lagi.
Nah!!! Dengan kenyataan ini sahaja sudah cukup jelas bahawa impian dan cita - cita puak - puak PKR tu hanya bertepuk sebelah tangan sahaja.
Dikalangan siswa sendiri pun sebenarnya tidak mahu pinjaman PTPTN ini dihapuskan kerana ianya hanya membebankan mereka dan keluarga mereka sahaja.
Jelas, perjuangan PKR yang mempergunakan Mahasewel untuk berpolitik dikalangan Siswa ini hanya membuangkan masa sahaja. Dah nama pun pelajar, apa lagi yang mereka perlu lakukan selain dari belajar? Bukannya mengabiskan masa tak tentu arah!!!

No comments:
Post a Comment