APA HAL MAK LAMPIR MEROYAN TAK TENTU ARAH NI???


Ah!! Pelik jugak dengan perangai Si Mak Lampir ni. Apa hal pulak dia tiba - tiba je meroyan tak tentu arah ni? Tak pasal - pasal je dia macam kena sawan, kenapa?

Dulu, bukan main lagi dia desak pihak Kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib untuk mengambil tindakan dan memecat Datuk Seri Shahrizat dari jawatan Menteri.

Ianya ekoran daripada isu fitnah yang dilemparkan oleh PKR terhadap Kak Ijat dengan mengaitkan nama dia dalam NFC. Beria - ia dia jaja cerita fitnah tu satu Malaysia.

Sekarang, bila Kak Ijat dibebaskan oleh pihak SPRM dari sebarang hubungan dengan NFC, dia pulak jadi macam orang gila sakan. Merapu tak tentu arah.

Dalam kenyataan hari ini, Si Zuraidah Mak lampir tu cabar pulak PM untuk melantik semula Kak Ijat sebagai anggota kabinet jika benar Kak Ijat tak lakukan sebarang kesalahan.
SHAH ALAM - Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak melantik semula Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai anggota Kabinet jika benar tiada sebarang kes ekoran keputusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan nama beliau daripada dakwaan dikaitkan dengan isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

"Jika benar Shahrizat sudah bersih dan tiada kes, saya cabar Perdana Menteri melantik semula Shahrizat jadi menteri Kabinet, dikembalikan jawatan menteri yang lama (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)," kata beliau kepada Sinar Harian Online.
Agaknya, Si Mak Lampir ni ingat rakyat Malaysia ni bodoh sangat agaknya. Dia ingat dia dapat jadikan ianya sebagai satu isu untuk terus dicanang keliling Malaysia.

Semua orang tahu bahawa agenda Pakatan Pembangkang ni buat cabaran tersebut adalah untuk meneruskan kerja memfitnah mereka terhadap Kerajaan.

Kalau PM tak lantik Kak Ijat sebagai anggota Kabinet, dah tentu diorang akan buat cerita kata PM tak percaya pada Kak Ijat. Kalau tidak, kenapa tak lantik dia jadi Menteri?

Itu je modal yang diorang ada untuk terus memburukkan imej Kak Ijat ni sebenarnya. Diorang dah tak de cara lain dah sebab masing - masing dah Kemaluan sendiri!!! Diorang dah kantoi buat fitnah!!! Itu pasal la Si Mak Lampir ni meroyan tak sudah - sudah!!!

No comments:

Post a Comment