ZUBIR TERUS 'MEMBOGELKAN' ANZALNA!!!


Wartawan hiburan akhbar Berita Minggu, Zubir Mohd Yunus menjelaskan kenyataan yang dikeluarkan pelakon baru Anzalna Nasir dalam sisipan B-Pop akhbar itu bertajuk Anzalna Bidas Neelofa pada Ahad lalu diterbitkan dengan persetujuan bersama dan bukan secara paksaan.
Zubir berkata dia mempunyai bukti dalam bentuk rakaman bahawa temu ramah bersama Anzalna berhubung krisis pelakon itu dengan aktres Neelofa tidak dilakukan secara paksaan oleh pihaknya seperti didakwa oleh aktres baru tersebut.
“Artikel tersebut diterbitkan dengan persetujuan bersama. Saya tidak memaksa Anzalna meluahkan perasaan berhubung krisisnya dengan Neelofa. Saya hanya memujuk dan dia sendiri bersetuju kenyataan itu akan diterbitkan.
“Bagi saya tidak timbul isu kerana saya mempunyai bukti dalam bentuk rakaman mengenai kenyataan Anzalna dalam temu ramah kami,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Khamis.
Zubir diminta mengulas kenyataan Anzalna kepada sebuah blog hiburan pada Rabu lalu bahawa dia terkejut apabila luahan yang disifatkan sebagai off record itu telah diterbitkan dalam akhbar berkenaan sehingga menimbulkan perbalahannya dengan Neelofa.
Susulan penyiaran artikel di akhbar tersebut, Neelofa melalui peguamnya telah mengeluarkan notis dengan menuntut Anzalna mengemukakan bukti dan penjelasan terhadap kenyataan berbaur fitnah yang dibuatnya.
Anzalna diberi tempoh selama tujuh hari bermula Rabu lalu untuk memberikan surat tuntutan balas sebelum tindakan selanjutnya diambil.
Zubir berpendapat Anzalna enggan bertanggungjawab terhadap artikel itu tetapi beliau tidak berkecil hati atau marah kerana dia percaya tindakan aktres itu berpunca daripada fikiran dan emosi yang bercelaru kerana tekanan akibat insiden berkenaan.

No comments:

Post a Comment