Hanya itu sahaja kesimpulan yang dapat dibuat tatkala membaca artikel panjang lebar yang dibuat oleh Presiden PAS Pusat ni.
Dia jelas menerima tamparan hebat dari Mufti Perak yang dilabelkan sebagai 'Mufti yang roh dan jasadnya bersama UMNO' berkaitan dengan isu Haji dan PRU baru - baru ini.
Kata Harusani, tanggungjawab menunaikan Haji ini tidak boleh ditangguh hanya semata - mata kerana Pilihan Raya kerana ianya bukan syarat sah membatalkan Haji.
Haji hanya boleh ditangguh sekiranya seseorang umat Islam itu tidak mampu dari segi kewangan atau pun dari segi kesihatan.
“Umat Islam yang mencukupi syarat wajib haji perlu menunaikan ibadah haji kerana sekiranya ditangguhkan, ditakdirkan bakal haji meninggal dunia pada waktu tersebut, kematian itu dalam keadaan seorang Yahudi atau Nasara,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Maka disebabkan kenyataan itulah yang menyebabkan Si Hadi Awang ni merepek tak tentu arah dalam artikel yang dikeluarkan baru - baru ini.
Kata Si Hadi Awang, masyarakat Islam tidak tahu membezakan diantara 'Wajib Mudoyyak' dengan 'Wajib Muwassa' kerana ia tidak diajar dalam Fardhu Ain.
Namun, kata dia juga, ilmu tersebut terkandung dalam Feqah Islam dimana ianya terbahagi kepada dua iaitu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah.
Soalnya, jika perkara tersebut tidak termaktub dalam Fardhu Ain, adakah ianya terkandung dalam Fardhu Kifayah dimana hukumnya tidak wajib hanya harus sahaja?
Sejak bila pulak Politik menjadi sebahagian dari Rukun Islam yang selama ini menjadi pegangan umat Islam? Adakah dia baru jumpa jugak benda ni dalam Al - Qur'an?
Benda ni tak pelik. Sebelum ni pun Si Hadi Awang sendiri mengakui bahawa perjuangan Negara Islam tidak termaktub dalam Al - Qur'an. Dah lebih 50 tahun, baru sekarang dia tau benda tu.
Jadi, adakah hukum menunaikan Haji ini termaktub dalam Fardhu kifayah sahaja dimana ianya boleh dilewat - lewatkan sekiranya seseorang tu mencukupi syarat sah Haji?
Sudah la Hadi oi!!! Jangan la nak memutar belitkan hukum Islam hanya semata - mata nak menegakkan benang yang basah. Hakikatnya, itu sahaja yang dia cuba buat.
Sebenarnya, ada dikalangan ahli PAS sendiri yang mempersoalkan perkara tersebut dimana mereka beranggapan bahawa ianya satu kenyataan yang tidak wajar.
Lagi pun, Datuk Seri Najib pun bukan la seorang yang bodoh untuk mengadakan Pilihan Raya dalam musim Haji. Orang UMNO pun ramai jugak yang pergi Haji.
Andai kata, PM keluar kenyataan bahawa PRU bukan dalam musim Haji, apa pulak kata puak - puak PAS ni nanti? Adakah mereka akan menerima kenyataan tersebut dengan hati yang terbuka? Jangan sampai diorang hilang akal sudah la!!!

No comments:
Post a Comment