CEO SUKMA PAHANG TENSION SAMPAI TERJUN KOLAM!!!



Ps: Laporan harian berkaitan SUKMA Pahang, korang boleh baca dalam portal PahangKu.com yang akan membawa berita terkini mengenai acara harian. 


Jangan lupa klik pada banner kat atas tu. Lepas ni ada jangan pulak ada orang yang mengkategorikan Semut sebagai blogger sukan. Politik tetap jugak akan dibuat nanti!!!
KUANTAN - Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sekretariat Sukan Malaysia (Sukma) Pahang, Ahmad Hairi Hussain hari ini bertindak terjun ke kolam renang kerana terlalu gembira setelah gelanggang temasya dwi-tahunan itu siap dinaik taraf.
Kompleks Kolam Renang Bandar Indera Mahkota yang menjadi gelanggang terakhir  siap dinaik taraf untuk temasya itu, akan menjadi venue bagi acara akuatik pada Sukma ke-15 dan sebelum ini tertangguh beberapa kali dalam kerja-kerja pengubahsuaian.
"Ini merupakan venue terakhir (disiapkan) yang diserahkan kepada Sekretariat Sukma.
"Kompleks kolam renang ini sepatutnya siap 30 Mei lepas tetapi dianjak tarikh siap kepada 20 Jun lepas, namun masih tergendala sebelum siap sepenuhnya hari ini.
"Kelewatan venue berkenaan disebabkan beberapa faktor seperti keadaan cuaca dan barangan yang diimport untuk kerja-kerja pembinaan lewat sampai," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Ahmad Hairi yang berpakaian T-shirt dan seluar panjang terjun ke kolam renang berkenaan sebagai tanda gembira setelah kesemua 22 venue acara sukan temasya itu siap sepenuhnya.
"Kos menaik taraf dan pengubahsuaian venue melibatkan sebanyak RM21 juta. Semalam, dua venue iaitu gelanggang ekuestrian dan lapang sasar menembak juga telah diserahkan kepada Sekretariat Sukma," katanya.
Beliau berkata, Sukma kali ini bakal melibatkan kos keseluruhan sebanyak RM238 juta termasuk kerja-kerja pengubahsuaian dan menaik taraf gelanggang serta pembelian peralatan pertandingan.
"Pihak sekretariat berpuas hati dengan persediaan yang telah dibuat bagi menghadapi Sukma nanti," katanya. 

NURUL IZZAH TERUS DIBALUN DALAM BAHASA INGGERIS!!!


Manusia jenis tak reti bahasa macam Si Nurul Izzah ni memang tak serik - serik kena balun. Pakai la bahasa apa pun, dia buat - buat tak reti je.

Bukan setakat dia je. Malah semua pemimpin Pakatan Pembangkang tu memang tak reti bahasa. Sama la dengan buat kerja. Satu hapah pun diorang tak reti jugak!!!

Jadi, buat sekian kalinya, orang macam Si Nurul Izzah ni wajib dibalun dalam bahasa Inggeris. Bukan supaya dia faham. Tapi supaya orang luar tau cerita sebenar. Jangan la diorang asyik nak dengar cakap Si Kaki Penipu macam Si Nurul Izzah tu je kerjanya!!!
Our plan was to debunk the alleged Scorpene Scandal step by step, issue by issue and lie by lie. That way,  each aspect of the alleged scandal is addressed and fully understood.


However, the rapid succession of response by their master spinner or easier described as liar, Tian Chua, to dispell Zahid's denial in Parliament, it requires us to ponder on the manner they raised continuos doubt and suspicion.  
Since they are accusing party and responding every answer with accusing questions, the burden of proof should be placed upon them.


For almost a year prior to the leak of the documents last week, SUARAM and PKR politicians have been demanding answers on series of allegations and speculation related to the police investigation. Their motive is  raise doubts and suspicions among the public.

They raised questions in Parliament, demand MACC to investigate, poke on certain personalities to answer them, and one wonder whether demand for anyone to resign have been asked or not. All the poking cannot be entertained or Government will end up playing to their tune.



The Government side have given answers after answers and clarification after clarification but they refuse to accept the answer. 
They want to continue to question and make-up stories as though the answer and clarification is insufficient.  
Since they having the doubt and making allegations, they should be the side to prove without any reasonable doubt? Why the "without any reasonable doubt" condition? - read more...

PAS BERJUANG ATAS LANDASAN AL-QUR'AN & SUNNAH???


Heran jugak bila baca kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli Parti Angguk Saja yang baru ni. Dia jelas tak faham lansung dasar perjuangan parti yang dia masuk tu.

Kata dia, PAS berjuang atas landasan Al - Qur'an dan sunnah. Soalnya, betul ke PAS berjuang berdasarkan Al-Qur'an dan sunnah? Kalau tengok cara, tak de pulak.

Malah sebelum ini, Si Haji Hadi tu sendiri mengakui yang perjuangan PAS selama 53 tahun yang lalu tidak mengikut tuntutan Al - Qur'an. 

Jadi, tang mana yang kata PAS berjuang atas landasan Al - Qur'an tu kalau Presiden PAS sendiri kata parti tu tak ikut tuntutan Al - Qur'an?

Adakah rakyat lupa dengan amanat Si Hadi Awang sewaktu muktamar tahu lalu bila dia gugurkan perjuangan Negara Islam?

Hadi Awang dengan jelas menyatakan yang perjuangan Negara Islam tu tak ikut tuntutan didalam Al - Qur'an. Dalam kitab tak sebut lansung pasal Negara Islam ni.

Presiden PAS tu menegaskan yang Al - Qur'an menuntut agar memperjuangkan Negara Kebajikan. Maka sebab itu mereka gugurkan perjuangan Negara Islam.

Bayangkan. Sejak berkawan dengan puak - puak DAPigs dan PKR, Hadi Awang sanggup memperlekehkan perjuangan pemimpin - pemimpin PAS yang terdahulu darinya.

Bekas pemimpin - pemimpin PAS dulu sampai sanggup mengadai nyawa memperjuangkan Negara Islam dan mahu hukum hudud dilaksanakan. 

Tapi, senang - senang je Hadi Awang kata perjuangan itu tidak menjadi tuntutan didalam Al - Qur'an. Seolah - olah, Hadi Awang meludah ke muka mereka yang sebelum darinya.

Maka berbalik kepada soalan asal, sejak bila pulak PAS berjuang berlandaskan Al - Qur'an dan sunnah? Kot dalam ceramah diorang pun, tak pernah pulak bercerita pasal perkara tersebut. Setakat kutuk orang tu ada la diorang buat!!!

Ps: Mamat yang baru masuk PAS tu jugak kata, lepas ni dia akan keluar berceramah bersama PAS. Nak la jugak tanya, dia nak berceramah pasal apa?

Pasal bab agama? Apa ilmu dia ada pasal bab agama ni? Kitab mana dia nak pakai untuk berceramah kelak? Kalau setakat dia berdiri atas pentas, bercakap benda yang bukan - bukan baik tak payah!!! Mengabihkan masa je!!!

VIDEO SERAM MALAM SEMALAM!!!



Fuh!!! Tegak - tegak bulu roma bila tengok dua video kat bawah ni. Punya la seram. Dengar kata siap ada aksi panas lagi tu. Sampai tahap ada suara terpekik melolong lagi. Eee...

Ingatkan keadaan ni hanya berlaku di luar Negara je bila penonton wayang mengamuk dengan cerita yang dipaparkan. Rupanya kat Malaysia ni pun ada jugak.

Tapi yang mengamuk tu pun bukan orang lain. Semuanya terdiri dari kalangan ahli - ahli Anak Muda Kecoh tu jugak. Lagi pun, diorang bukannya tau buat kerja lain. Kalau tak buat kecoh, bukan AMK la namanya!!! Meh baca apa ceritanya kat bawah ni...
Ceramah Perdana Ummi Hafilda di Taman Janggus, Permatang Pauh yang panas mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim diganggu oleh seorang pemimpin muda AMK. 


Beliau terpekik melolong ketika Ummi Hafilda sedang berceramah. Walaubagaimana pun, penduduk setempat dan pihak yang menjaga keselamatan telah berjaya 'menghalau' pemuda dan rakan-rakan beliau. 



Ummi Hafilda meneruskan ceramah beliau dengan mendedahkan salah laku Anwar Ibrahim yang korup serta mengkayakan keluarga beliau.



Sikap Anwar itu sungguh memalukan apabila sekarang beliau kononnya berjuang tentang korup dan kronisme. - seterusnya...

Video : Anwar berambut palsu. 

Video : Anwar rasuah.

DIAN BERBLOG CARA 'OLD SCHOOL'!!!


DALAM tas tangan Dian Sastrowardoyo, 30, ada sebuah buku kecil yang layaknya dipanggil jurnal. Dia menulis sendiri setiap hari tanpa jemu atau lupa. 
Dia mencatat 10 perkara yang dilakukannya pada setiap hari dan bersyukur dengan segala perlaksanaannya, tanpa gagal.
Jurnal berbentuk sederhana kecil itu ditunjukkan kepada penulis. Ya, tanpa perlu bicara panjang, aktres Indonesia ini menaburkan aura positif. 
Ditambah dengan senyum yang tidak pernah lekang di wajahnya yang ekstra manis, dia memang sekuntum bunga yang punya haruman sendiri.
Bertemu mata dengan wanita yang sudah bergelar ibu, inti katanya sarat terkandung perkataan positif. Dia mengaku jalur hidupnya tersemat erat tema itu. 
Bukan angkara satu insiden atau momen dia menjadi semakin positif setiap hari tetapi kerana dia menikmati hidup dan melayarinya dengan predikat syukur.
Berbelit lidah menyebut nama Diandra Paramitha Sastrowardoyo namun belitan itu tidak sedikit pun mengurangkan pesonanya di sebalik kebangkitan para pendatang seni baharu di Indonesia.
Muncul kali perdana mengait mata khalayak melalui filem Bintang Jatuh dan kemudian menerapkan ingatan ramai terhadap karakter Daya melalui Pasir Berbisik dan Ada Apa Dengan Cinta, kriteria dalaman Dian kemudian menjadi tanda aras kaum Adam mencari pacar.
Fasa demi fasa dilalui Dian, tampak diam seketika dalam dunia lakonan, wanita ini hakikatnya sedang berada dalam dunia kekeluargaannya. 
Kesempatan bertemu mata sebelum sidang akhbar bersama pihak L'oreal Indonesia, dia bercerita luncur seperti air mengalir tentang hidupnya kini.
"Kehidupan sekarang sibuk dengan hal-hal domestik iaitu menguruskan suami dan anak," mula Dian dengan ketawa.
"Belum sesuai untuk berlakon filem kerana saya masih menyusukan anak. Jika ada skrip yang sesuai, pasti akan diambil. Memang banyak tawaran filem yang ditolak sebenarnya," ujarnya apabila disentuh aspek berlakon.
Mengheret sedikit ke detik sebelum bergelar isteri kepada Indraguna Sutowo dan bonda kepada Shailendra Naryama Sastraguna Sutowo, Dian berkongsi proses hidupnya.
"Dulu saya seorang individu solo yang bercita-cita besar. Jujurnya, saya berasa terlalu cepat berkahwin kerana waktu itu saya juga mahu melanjutkan pelajaran.
"Lima bulan menikah kemudian saya hamil, betapa cepat semua proses berlaku. Saya akur, saya dan Indra memang ditakdirkan untuk masing-masing. 
"Hidup saya kini tidaklah sempurna tetapi berbeza," lanjut Dian tentang belahan jiwanya yang dinikahi pada 18 Mei 2010.
Masuk ke dalam suatu yang dinamakan transformasi, aktres yang pernah menggondol Anugerah Aktres Terbaik pada Festival Filem Deauville, Perancis ini mengaku membaca buku dan bertemu dengan banyak ragam orang merupakan faktor dirinya bergerak ke arah elemen positif.

CRUISE SUKA CERAI BINI PADA USIA 33 TAHUN!!!


LOS ANGELES - Sebaik sahaja berita Tom Cruise dan Katie Holmes akan bercerai muncul, peminat-peminat mereka rasa pelik dengan satu maklumat - secara kebetulan ketiga-tiga isterinya berpisah apabila mereka mencecah usia 33 tahun.

Ketiga-tiga isteri Cruise berusia 33 tahun semasa khabar bahawa mereka akan bercerai tersebar luas dan rumah tangga menemui jalan akhir secara rasmi setahun kemudian.

Isteri berita Cruise, Mimi Rogers, yang berusia 31 apabila berkahwin dengan Cruise, yang hanya berumur 25 tahun pada Mei 1987, dan genap 33 apabila berpisah pada 1990.

Kemudian Cruise berkahwin dengan Nicole Kidman, 23, pada Disember 1990 dan berpisah pada 2001. Ketika itu Kidman berusia 33 tahun.

Holmes, 28, dan Cruise berkahwin pada 2007, tujuh bulan selepas Suri, anak perempuan mereka, lahir. Dan, apabila berita bahawa kedua-dua mereka akan bercerai muncul semalam, Holmes berusia 33 tahun.

Laporan msnbc menyebut bahawa penceraian dalam setiap kes muncul apabila wanita yang menjadi fokus mencecah 34 tahun. Holmes akan genap 34 tahun Disember ini.

Portal itu juga berkata bahawa maklumat mengenai tahun secara kebetulan itu disedari peminat-peminat mereka yang mengikuti perkembangan pasangan tersebut menerusi laman sosial.

"Apa yang aneh ialah ketiga-tiga perkahwinan Cruise yang gagal berakhir ketika kesemua wanita terbabit berusia 34 tahun?" kata Karen D'Souza menerusi Twitter.

Peminat-peminat lain cuba mencari hubungan antara nombor 33-34 dan kepercayaan 'Scientology' Cruise. Cruise bersandarkan pada kepercayaan itu ketika menamakan anak perempuannya sebagai Suri.

NIZAR LILIN PUNYA PASAL, PAS JOHOR KENA BALUN!!!


Ps: Inilah yang orang tua - tua kata, 'Kerana Mulut Badan Binasa'. Masalahnya dengan Si Nizar Lilin ni, bukan badan dia je yang binasa. Habis semua sekali binasanya.

Semua sebab keceluparan mulut dia yang memang jelas tak de insuran tu. Jadi, tu pasal la Dewan Pemuda PAS Johor kena tibai hari ni.

Apa la malang PAS ada pemimpin macam Si Nizar Lilin ni ye. Udah le kerja tak reti buat, menyusahkan orang je taunya. Itu pasal la dia setakat 11bulan je dapat jadi MB!!!
PASIR GUDANG – Dakwaan Pemuda Pas Johor berhubung pergolakan yang berlaku dalam Pemuda Umno negeri ini sebenarnya adalah cubaan menutup kelemahan parti itu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin berkata, Pas sebenarnya tersepit dengan kenyataan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengenai pembidaan nombor pendaftaran kenderaan oleh Sultan Johor baru-baru ini.

Menurutnya, tindakan itu telah menyebabkan Pas hilang sokongan orang Melayu negeri ini sehingga mereka cuba menimbulkan isu yang sebenarnya tidak wujud dalam Umno.

“Mereka hanya nak tutup kelemahan kerana rakyat Johor terutama orang Melayu telah menolak Pas disebabkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Nizar dan berusaha untuk tutup kelemahan yang telah mereka lakukan.

“Naib Ketua Pemuda saya orang Johor, jadi kita tidak akan biarkan timbul masalah dalam kalangan Pemuda negeri ini. Kalau ada kelemahan kita akan tangani secara berhemah,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pasir Gudang, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad dan Naib Ketua Pemuda Umno Pasir Gudang, Roslan Hassan.

Khairy berkata, laporan yang didakwa Pemuda Pas itu tidak tepat kerana sebarang perubahan yang dibuat dalam kepimpinan Pemuda Umno berkisar kepada persiapan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, perubahan yang dilakukan bukan perkara luar biasa kerana rombakan kepimpinan Pemuda yang dilakukan di beberapa buah negeri bertujuan untuk memantapkan parti.

“Saya dah merombak kepimpinan Pemuda negeri di Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Sabah, jadi mungkin negeri lain saya akan melihat pada keadaan, kalau perlu kita akan buat rombakan.

“Johor antara satu negeri yang saya masih lagi pantau, sama ada perlu atau tidak,” katanya.

Berhubung isu undi Pas masuk syurga, Khairy berkata, dalam Umno tidak mengamalkan politik sama seperti Pas yang menjanjikan pahala dan syurga.

Menurutnya, Umno tidak mahu menjanjikan apa-apa yang bukan di dalam kuasanya kerana soal Pas janjikan pahala, dosa dan kepastian siapa yang akan masuk syurga bukan manusia yang menentukan, tetapi ALLAH SWT.

Tahun-tahun terburuk aku.


Sepuluh tahun sebelumnya.



1. PAS = Parti yang sesat.



2. TGNA = Tuan Guru yang jahat.



3. Baca utusan = percaya utusan.



4. Tonton buletin utama = percaya buletin utama.



5. Menganggap berita ialah sefakta faktanya.



6. Percaya akhbar arus perdana sehabisnya.



7. Gunakan internet untuk meroyan dan mengorat.



8. Suka dunia hiburan yang melalaikan tetapi kedekut nak keluarkan duit

RAFIZI JAMBU TERUS MEROYAN FITNAH PM!!!


Si Rafizi Jambu ni memang cukup terkenal dengan hobi suka menabur fitnah yang bukan - bukan terhadap pemimpin Negara.

Terbaru, dia tuduh PM terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan projek LRT Ampang. Kata Rafizi Jambu tu, PM bagi tender tu tak ikut prosedur yang betul.

Walaubagaimana pun, Datuk Seri Najib menafikan yang dia terlibat dalam isu tersebut dan menegaskan bahawa projek tersebut dibuat mengikut aturan yang betul.
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan beliau campur tangan dalam urusan pemberian tender projek  sambungan Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang sebagaimana didakwa oleh PKR baru-baru ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan menegaskan, segala urusan dijalankan mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.

"Semuanya dilakukan dengan betul. Tidak ada perkara seperti itu," kata beliau kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di sini malam tadi.
Nah!!! Apa jawapan Si Rafizi Jambu tu bagi bila PM nafikan perkara tersebut? Dia ulang skrip yang pernah digunakan oleh Si Mahfuz Bean dulu.

Dengan penafian tersebut, Si Rafizi tu kata semua dakwaan yang dibuat sebelum ini adalah benar. Wah!!! Asal orang nafi je, semua dakwaan dia jadi betul belaka.

Kalau macam tu memang betul la dia letak jawatan hari tu ada kaitan dengan penyelewengan yang berlaku dalam pengagihan Dana Selangor Ku sebanyak RM 300juta tu.

Perkara tu dia dah nafikan yang dia tak terlibat dalam isu tersebut. Jadi, betul la dakwaan yang mengatakan dia turut terlibat.

Maknanya, selama ini orang dakwa Si Ketua Penipu tu merupakan individu didalam video seks dengan Chinadoll tu pun betul jugak la ye. Sebab Si Ketua penipu tu menafikannya.

Sampai hari ini, Si Ketua Penipu tu jelas enggan mengaku yang dia merupakan individu dalam  video tersebut. Itu menunjukkan sebaliknya.

Tapi, kenapa pulak puak - puak Pakatan Pembangkang tu tak dapat terima hakikat yang Si Ketua penipu tu memang seorang Kaki Pelacur!!! Kalau bercakap, macam la diorang je yang bagus!!! Tapi perangai macam sial!!!

Tidur dalam khemah 32 hari takde masuk buletin utama pula..


Karam Singh Walia masih hidup lagi kan? Aku rasa ye sebab pernah terdengar suara dia potpetpotpet pasal lynas hari tue. Kalau betul dia masih hidup apasal dia tak masukkan isu orang yang tidur dalam khemah selama 32 hari akibat aktiviti pembangunan di cameron highland tak masuk tv3 plak?



Lagi sorang wartawan pompuan tue apa nama dia? Aku lupa nama kakak tue. Kan ke dia dan karam singh walia

LAGI FAKTA YANG BUAT NURUL IZZAH MEROYAN!!!


Tiada Perdana Menteri di negara ini yang terpaksa berdepan dengan kezaliman pihak pembangkang berbanding dengan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau bukan sahaja difitnah, ditohmah dan dijadikan sasaran bagi senjata politik pembangkang, tetapi mereka juga turut menyeret isteri dan ahli keluarganya yang tidak berdosa.

Daripada kes kematian bekas pembantu Exco Selangor hinggalah kepada isu kapal selam Scorpene, semuanya disalahkan kepada pundak Perdana Menteri.

Yang merancang semua jentera propanda licik ini ialah Si Ketua Penipu tu yang mengepalai tiga puak yang berlawanan ideologi, prinsip perjuangan dan kepentingan politik.

Namun kenyataan anggota bebas Parlimen, Datuk Seri Zahrain Hashim dua hari lalu berhubung isu Scorpene telah membersihkan nama Perdana Menteri daripada sebarang tuduhan rasuah dan penyelewengan dalam urusan pembelian kapal selam itu.

Ia sekali gus meranapkan strategi Si Ketua Penipu tu untuk mengeksploitasi pertubuhan bukan kerajaan, Suaram untuk menjadikan isu tersebut sebagai bahan besar.

Anggota Parlimen itu mengatakan bahawa selama ini Suaram telah diperalatkan untuk menipu rakyat dengan mereka-reka isu tersebut.

Pertama katanya, siasatan pihak polis Perancis mendedahkan bahawa tidak wujud sama sekali dalam mana-mana rekod imigresen yang menunjukkan wanita bernama Altantuya Shaariibuu telah memasuki negara itu antara tahun 1999 dan 2006.

Ini bermakna dakwaan pembangkang bahawa Datuk Seri Najib telah dilihat bersama-sama wanita itu dan Abdul Razak Baginda adalah pembohongan semata-mata.

Sekali gus perbuatan Naib Presiden PKR, Tian Chuak yang mencipta gambar Perdana Menteri kononnya sedang makan dengan Altantuya dan Abdul Razak menggunakan kaedah 'photoshop' juga mendedahkan niat jahat pembangkang sejak dari awal lagi.

Fakta kedua yang mendedahkan kepalsuan tuduhan pembangkang ialah Altantuya tidak fasih berbahasa Perancis seperti mana yang didakwa mereka.

Ini jelas membuktikan dakwaan bahawa wanita itu telah menjadi orang perantaraan sebagai penterjemah dalam urusan jual beli kapal selam antara kerajaan Malaysia dan Perancis adalah palsu dan pembohongan yang jelas.

Malah menurut Datuk Seri Zahrain, semua perbincangan rasmi antara kedua pihak diadakan dalam bahasa Inggeris dan dengan itu keperluan untuk menggunakan khidmat seorang penterjemah tidak wujud sama sekali.

Penjelasan beliau telah berjaya mendedahkan komplot dan motif sebenar pembangkang yang mahu memalukankan kerajaan dengan menyebar fitnah dan memburukkan nama baik negara di mata dunia.

Si Ketua Penipu tu beranggapan isu Scorpene yang dibangkitkan adalah senjata politiknya yang ampuh untuk mencabar kepimpinan Perdana Menteri, tetapi sayang sekali senjata yang diharapkan memakan diri sendiri.

Sebagai Perdana Menteri yang bertanggungjawab dan menjaga amanah rakyat, Datuk Seri Najib tetap meneruskan tugas yang digalasnya untuk menjaga kebajikan rakyat dan membangunkan negara dengan penuh kesedaran dan keinsafan.

Hasilnya, semakin hari rakyat semakin menyokong kepimpinan beliau kerana melalui pelbagai program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan rakyat semua lapisan mendapat manfaat dan untung.

MEMANG SAH NIK AZIZ NI TAK SEDAR DIRI!!!


Perkara ni tak perlu kita nak ulas panjang. Tinggal lagi, kesedaran dikalangan rakyat memang perlu bila berbicara mengenai kenyataan Ni Aziz ni.

Punya la dia nak tunjuk yang dia ada kuasa sampaikan soal keluarga orang lain pun dia nak masuk campur? Apa hak dia nak ganggu urusan keluarga orang lain?

Hari ni dia tampil memberi kenyataan 'menasihati' Tun Dr. Mahathir yang menegur anaknya, Marina. Sebelum ini, Marina pernah terlibat dalam gerakan Bersih.

Kata Si Nik Aziz tu, Tun Mahathir tidak sewajarnya mengheret kepentingan keluarga lebih dari kepentingan Negara.

Tun Mahathir tu bagi nasihat kepada anak dia. Ikut suka dia la nak buat apa pun. Yang Si Nik Aziz ni nak sibuk - sibuk kenapa? Marina tu ada kaitan dengan dia ke?

Yang dia dok sibuk dengan keluarga orang tu, kiranya mendahulukan kepentingan Negara ke sedangkan dia sendiri pun pernah buat benda yang sama.

Bukan ke sebelum ni, dia jugak yang melantik anak menantu dia jadi Pengarah dalam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)? Itu tak kira kepentingan keluarga pulak?

Masa pihak SPRM buat siasatan terhadap kes rasuah anak dia sebelum ini, bukan ke dia tampil mempertahankan anak dia? Pun tak dikira mementingkan keluarga jugak?

Sudah la Nik Aziz oi!!! Tak payah la nak sibuk - sibuk dalam urusan keluarga orang lain ni. Jaga je keluarga tu sendiri. Negeri sendiri pun sekarang ni tengah kucar kacir, lagi ada hati nak jaga keluarga orang konon. Ceit!!! Pigidah!!!

Gempar : Dokumen kos perbelanjaan karnival terima kasih rakyat tersebar.







7 April 2012,  Kerajaan campuran PKR-DAP-PAS Selangor telah merayakan Ulangtahun ke-4  memerintah Selangor. Perayaan penuh mewah bernilai RM1 juta  itu  diadakan pada 7 April 2012 di Stadium Melawati, Kuala Selangor.  







Jumlah perbelanjaan RM1 juta dalam perbelanjaan sambutan empat tahun tersebut disahkan sendiri oleh beberapa pegawai dan kakitangan Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan

DAH DIA KATA SPRM PULAK TAK BOLEH PERCAYA!!!


Betul - betul mangkuk ayun la Si Rafizi Jambu ni. Banyak betul 'Auta' Haramjadah yang berlegar - legar dalam kepala otak dia. 

Buat rugi je Petronas hantar dia belajar. Bila balik, bukannya dia dok pikir cara nak membangunkan Negara. Sebaliknya, dia dok cari jalan nak menjahanamkan aje kerjanya.

Ada je benda yang dia nak jadikan isu. Dulu, masa dia buat fitnah pasal isu NFC, dia jugak yang sibuk buat laporan kepada pihak SPRM.

Bila isu tu jadi hangat, dia jugak yang hari - hari dok desak supaya SPRM buat siasatan menyeluruh tentang aset milik keluarga Datuk Shahrizat.

Tapi, sekarang ni dia dah ubah pulak. Dia kata pihak SPRM ni tak boleh percaya. Jadi sebab itu la dia buat laporan berkaitan dengan isu LRT dengan pihak Polis.

Kata dia, pihak Polis ni boleh tahan sikit dalam menjalankan tugas untuk buat siasatan berkaitan dengan kes tersebut. SPRM tak boleh pakai.

La!!! Pulak!!! Bukan ke dulu puak - puak dia jugak yang dok pukul canang kata pihak Polis ni 'Anjing Kerajaan'? Bukan ke itu laungan yang disebut masa Bersih 3.0 hari tu?

Jadi, macam mana pulak Si Rafizi Jambu tu boleh yakin yang pihak Polis boleh jalankan tugas dengan baik untuk menangani kes ni? Atau adakah dia ada niat tersembunyi?

Tidak dinafikan, pihak Keselamatan terutamanya Polis dan SPRM yang ada dalam Malaysia ni adalah yang terbaik didunia. Ianya sudah diiktiraf.

Tinggal lagi, puak - puak Pakatan Pembangkang ni memang suka memburuk - burukkan kedua - dua institusi tersebut supaya rakyat juga hilang kepercayaan terhadap mereka.

Jadi, tak heran la kalau Si Rafizi Jambu tu memang ada niat buruk untuk terus merosakkan reputasi pihak Polis dan SPRM. 

Katakan la, pihak Polis buat siasatan dan dapati yang Perdana Menteri tak terlibat dalam penyelewengan projek LRT tu. Apa yang dia akan kata kelak? 

Adakah dia akan kata yang pihak Polis dah buat kerja dengan baik atau sebaliknya? Jenis manusia macam Si Rafizi ni bukannya boleh percaya sangat. Kalau boleh, semua benda pun dia nak Poo...singh!!! Dasar manusia munafik, perangai pun macam sial!!!

NIZAR LILIN SEDAR NAMA DIA DAH TAK LAKU!!!


Hah! Apa hal pulak yang tak kena dengan Si Nizar Lilin ni? Tak pasal - pasal je dia umum tak nak bertanding dikawasan Parlimen Bukit Gantang pasal apa?

Bukan ke sebelum ini masa Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukti Gantang tu dia dapat majoriti undi yang besar? Jadi, kenapa pulak dia tak nak bertanding dikawasan tersebut?

Alasan yang dia bagi ialah sebab dia tak mampu nak jaga 3 DUN di Bukit Gantang dan satu DUN di Pasir Panjang.

Kalau setakat 4 kawasan Dewan Undangan Negeri dalam Negeri Perak pun dia tak mampu nak jaga, nampak sangat la dia memang GAGAL untuk menjadi Menteri Besar.

Semua orang tahu. Kalau nak jadi Menteri Besar, dia kena jaga semua kawasan DUN dan bukan kawasan tempat dia menang je.

Nasib baik la Kerajaan Negeri Perak tak terus diterajui oleh Si Nizar Lilin ni. Kalau tidak, memang jahanam la jawabnya sebab dia kata nak jaga 4 DUN pun susah!!!

Jelas, keputusan yang dibuat oleh Si Nizar Lilin ni juga berkemungkinan sebab nama dia sekarang dah tak laku lagi di Perak. Kalau dulu, orang boleh jadikan dia sebagai 'Wow Factor'.

Tapi, sejak dia keluar dengan kenyataan - kenyataan bangang yang hanya menyusahkan kerja orang lain, maka hilang la keyakinan rakyat terhadap dia.

Nak pulak, orang di Bukit Gantang pun dah nampak rupa dia yang sebenarnya. Lantik je dia jadi Ahli Parlimen mewakili diorang, tapi kerja satu hapah pun dia tak buat.

Apa yang dia tau ialah dok buat tuduhan dan tohmahan yang bukan - bukan secara membuta tuli serta mengundang spekulasi yang bukan - bukan.

Rakyat pilih dia menjadi wakil supaya dia dapat menyuarakan hak mereka didalam Parlimen. Sebaliknya, Si Nizar Lilin ni pergi sidang Parlimen pun setakat memanaskan kerusi je.

Nak harapkan dia bercakap dan memperjuangkan hak rakyat? Jangan harap la!!! Dia lebih suka bermain twitter dari nak bersuara didalam sidang Parlimen.

Lagi pun, itu je kerja yang dia tau buat!!! Bukannya dia tau buat kerja lain pun!!! Kalau dia buat kerja lain, itu pun hasil tunjuk ajar dari DAPigs. Kalau tidak, mimpi je la!!!

NEELOFA SEDIA MAAFKAN ANZALNA, TAPI...


PETALING JAYA: Pelakon jelita Neelofa yang kini hangat "berperang" dengan seorang lagi artis tempatan bernama Anzalna Nasir bersedia menerima permohonan maaf secara terbuka daripada bintang baru itu tetapi dengan beberapa syarat.
Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 23, berkata, dia sudah menghantar sepucuk surat melalui Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi pada Jumaat yang antara lain meminta Anzalna, 24, memenuhi syarat-syarat berkenaan.
"Saya bersedia menerima permohonan maaf terbuka daripada Anzalna kerana kenyataan fitnahnya terhadap saya. Namun sebelum itu, dia perlu menandatangani sepucuk surat yang menyatakan persetujuan terhadap beberapa syarat yang saya tetapkan.
"Surat itu sudah saya serahkan kepada Presiden Seniman, Zed Zaidi pada hari ini (Jumaat). Saya merancang untuk mengadakan sidang media mengenai isu ini pada Ahad," katanya secara eksklusif kepada mStar Online.
Konflik antara dua aktres itu tercetus ekoran kenyataan Anzalna yang dianggap sebagai satu fitnah oleh Neelofa dalam artikel bertajuk "Anzalna Bidas Neelofa" menerusi akhbarBerita Minggu bertarikh 10 Jun lalu.
Susulan itu, dalam sidang media khas pada 13 Jun, Neelofa melalui peguamnya Ahmad Hidayat Md Nor dan Mohd Irwan Mohd Mubarak telah mengeluarkan notis yang menuntut Anzalna mengemukakan bukti dalam tempoh tujuh hari atas kenyataan yang dikeluarkannya.
Anzalna
Baru-baru ini, Anzalna yang gagal mengemukakan bukti selepas tempoh itu berkata kepada media, dia bersedia memohon maaf secara terbuka kepada Neelofa.
Sementara itu Neelofa berkata, beberapa syarat yang ditetapkan kepada Anzalna dalam surat tersebut adalah sebagai jaminan agar aktres itu memohon maaf secara ikhlas dan bukan kerana terpaksa.
"Saya tidak boleh dedahkan secara terperinci butiran surat itu atas nasihat peguam tetapi antara syaratnya dia tidak boleh menyebut nama saya dalam mana-mana kenyataan di media selepas ini.
"Saya mahu perkara ini berlaku secara ringkas agar dia memohon maaf secara terbuka dengan ikhlas dan belajar sesuatu daripada kejadian ini. Yang penting, nama dan maruah saya dibersihkan semula," katanya.
Ditanya pandangannya mengenai kenyataan seorang lagi bintang baru iaitu Tasha Shilla terhadap dirinya sebelum ini, Neelofa berkata dia tidak berkecil hati dan menghormati pendapat aktres itu.
"Saya tidak mempunyai sebarang isu dengan Tasha. Saya tidak terasa hati kerana dia juga ada hak untuk menyuarakan pendapatnya.
"Malah saya menghormati pendekatannya yang berdiam diri selepas pelbagai kontroversi antara kami bertiga mendapat liputan meluas di media," katanya.
Presiden Seniman Zed Zaidi yang dihubungi mStar Online memberitahu yang beliau telah menerima surat berkenaan dan akan berbincang dengan Anzalna sama ada dia bersetuju atau tidak dengan syarat-syarat yang diberikan itu.

ARTIS NAK JADI PELACUR???


Halamak!!! Apa nak jadi dengan dunia artis zaman sekarang ni? Dah tak de kerja lain ke yang diorang nak buat sampai terpaksa buat kerja macam tu?

Jangan cepat sangat gempar. Ini hanya untuk tujuan lakonan sahaja. Bukannya artis tu betul - betul nak jadi Pelacur. Dia cuma nak mendalami watak sebagai seorang pelacur sahaja.

Jadi, itu hanya untuk dunia lakonan sahaja. Tapi, kalau dalam dunia nyata ni, ada jugak artis yang buat kerja haram jadah tu. 

Tinggal lagi, diorang tak melacurkan diri. Sebaliknya diorang lacurkan agama!!! Kononnya, kata diorang, parti yang diorang masuk tu bagus sebab memperjuangkan agama.

Perjuangkan agama menda jadahnya kalau dalam setiap ceramah yang dibuat dok maki hamun orang lain!!! Dalam Islam pun tak ajar kerja dok mencaci orang tak tentu arah ni. Macam la parti yang dia masuk tu dok bagi dia makan pun!!!
TIDAK sampai dua tahun berlakon, nama Shima Anuar sudah mula menjadi perhatian ramai pengarah dan peminat. Lakonannya dalam filem 7 Petala Cinta terbitan MIG Production awal tahun ini misalnya, mendapat perhatian ramai.

Walaupun berpurdah dan hanya menampakkan mata sahaja, tetapi lakonan Shima dalam filem bertema keislaman itu menyentuh hati para penonton.

Tidak cukup dengan satu genre, pelakon berusia 21 tahun itu melebarkan lagi bakat menerusi filem terbaru berjudul 2 Kalimah.

Filem cinta arahan Eyra Rahman itu yang kini sedang menjalani penggambaran di Kemaman, Terengganu merupakan cabaran terbaru buat Shima. Kali ini dia bukan lagi melakonkan watak wanita alim seperti dalam filem 7 Petala Cinta.

Sebaliknya, pelakon asal Rawang, Selangor itu melakonkan watak yang kontra dalam filem 2 Kalimah iaitu menerusi watak Maria yang merupakan seorang pelacur.

Menurut Shima, filem ketujuh lakonannya itu paling mencabar berbanding sebelumnya kerana ia memerlukan penghayatan dan kajian yang terperinci.

"Dalam filem-filem sebelum ini, saya hanya sekadar membaca skrip dan cuba menghayati watak-watak lakonan saya kerana ia tidak berapa susah untuk dibayangkan. 

"Tetapi untuk melakonkan watak Maria dalam filem 2 Kalimah ini, saya terpaksa melakukan sesuatu agar lebih faham dan dapat menghayati watak seorang pelacur yang cuba digambarkan oleh Eyra.

"Untuk itu, saya ada juga cuba meninjau-ninjau suasana di kawasan yang dikatakan menjadi tempat pelacur seperti di Jalan Chow Kit, Kuala Lumpur. 

"Saya mahu tengok bagaimana gelagat mereka bagi menghayati watak Maria dalam filem ini. Saya dapati watak ini sangat mencabar di mana ia berbeza dengan filem 7 Petala Cintatermasuklah daripada segi penghayatan dan berpakaian.

"Dalam 2 Kalimah contohnya, saya lebih banyak memakai skirt pendek dengan kasut bertumit tinggi bagi menyesuaikan dengan watak Maria. 

"Ia berbeza dengan lakonan saya dalam 7 Petala Cinta yang mana dari mula hingga akhir saya berpurdah," katanya kepada Hits sewaktu ditemui selepas pelancaran penggambaran 2 Kalimah di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

18SX: ADUH!!! SEKSANYA MATA!!!

Amboi siapa ni? Aksinya menyeksakan mata memandang? Haa inilah pelakon sensasi Lana Nordin yang pernah digelar Pamela Anderson Malaysia tidak lama dulu. 
Tapi Si Lana ni dah lama senyap. Tiba-tiba Mangga Muda ternampak aksi Si Lana di alam maya. Panas dan hangat gitu.
Inilah antara aksi Lana semasa berparti bersama teman-teman di Anchol, Jakarta dalam Sandscape Beach Party pada 16 Jun lalu. 
Parti itu diadakan sempena Festival Bunga Api Antarabangsa Indonesia 2012 dan hiburan sampai pagi yang dianjurkan di tepi pantai di Anchol.
Agaknya Lana ingat tak ada yang kenali dia di sana sebab itulah dia berani berpakaian seksi yang menonjolkan sebahagian besar aset sensasinya itu. 

Tak tahulah siapa bersama-sama Lana ni. Mangga Muda tak kenal sangatlah. Pakwe atau teman rapat dia tu? Mangga muda rasa macam pernah perasan kelibat rakan-rakan Lana tu dalam iklan. Kira mereka aktif dalam peragaanlah.

Mangga Muda: Agaknya cuaca di Jakarta panas sangat, sebab itulah Lana tak nak pakai baju yang menutup tubuh dia.

BILA PAK BERAHIM MULA TAKUT DENGAN BAYANG SENDIRI!!!


Ketakutan yang dipasarkan oleh Pas dan Lim Guan Eng, kononnya menentang PRU diadakan semasa musim Haji amat melucukan.

Diorang yang dok sibuk mencipta persepsi sampai ke tahap mereka syok sendiri. Alih - alih sekarang, diorang pulak yang kelihatan Ketakutan sendiri.

Isunya bila masa DS Najib membuat kenyataan akan membuat PRU pada musim Haji? Kenapa takut sangat dengan bayang-bayang sendiri?

Dahulu, apabila DS Najib mengambialih kepimpinan negara, maka berdegar-degar Din Puduraya membuat imaginasi kononnya PRU13 akan diadakan bulan Disember 2009! 

Yang Si Ketua Penipu tu pun turut sama memukul canang kononnya DS Najib tidak ada jalan lain melainkan mengadakan PRU13 pada Disember 2009!

Najib Oh Najib Pening Kepala Ku, Bila Lah Nak Bubar

Kemudian, Mustapha Ali pun memperbodohkan Haji Hadi dan Nik Aziz dengan menyeru semua dalam Pas supaya bersedia akan diadakan PRU13 pada bulan Jun 2010. 

Tunggu punya tunggu tak ada juga, akhirnya mereka ubah lagi, "Kita mesti bersedia bulan Disember 2010!!!", kata mereka.

Masuk tahun 2011, mereka memperbodohkan lagi ahli-ahlinya supaya kami yakin sangat-sangat yakin PRU13 akan diadakan pada bila-bila masa tahun 2011. 

Semua jentera mesti bergerak sekarang seru mereka memperbodohkan ahli mereka sendiri. Tapi, masih tak jadi-jadi jugak.

Masuk tahun 2012, mereka pun mula pasang impian, mula bercakap tentang bulan Mac, 2012 kononnya dah dapat hint dari pejabat PM. 

Si Mahfuz Bean yang seringkali bercakap dusta tu pun seutlah tarikh baru bulan April 2012, bila mana tak jadi-jadi jugak bercakap lagi mereka konon bersedia bulan Jun 2012.

Sekarang ini mereka Mempromosikan Ketakutan mereka sendiri, ketakutan dalam diri mereka, kononnya PRU13 akan diadakan bulan Haji 2012. 

Maka bercakaplah Guru Politik mereka supaya tangguhkan Haji, mengundi lebih penting dari Rukun Islam. Si Pak Berahim pun mengeluarkanlah fatwa supaya ibadah Haji diketepikan.

Lim Guan Eng yang menolak Hudud dan menolak Negara Islam pun bercakaplah juga tak bersetuju PRU13 diadakan pada bulan Haji.

Mereka terpekik-pekik, terpekok-pekok nak pilihanaraya. Isunya bila masa DS Najib kata nak adakan PRU13 pada bulan Haji.

Rasanya mereka dah gila-gila bayang kot, Ketakutan, Menggigil, Sejuk Seram bila terfikir pasal Pilihanraya! Kasihan mereka... Nantikan siapakah mereka ini. - Sumber diolah dari sini.